KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangka perjalanan ke arah pemulihan permintaan yang berterusan kekal lemah dan tidak menentu pada tahun depan berikutan pasaran minyak membuat penyesuaian terhadap landskap jangka pendek dan panjang, didorong pembukaan semula aktiviti ekonomi ketika pandemik COVID-19.
Naib Presiden bagi Perolehan Kumpulan, Freida Amat berkata meskipun peralihan tenaga yang dipercepatkan akan mewujudkan cabaran selanjutnya kepada perniagaan minyak dan gas tradisional, peserta industri harus inovatif dan mengekalkan kos-kompetitif bagi memastikan projek dan pengeluaran boleh dilaksanakan demi kelestarian industri dalam iklim ekonomi yang tidak menentu.
"Petronas meramalkan prospek yang positif bagi aktiviti pelantar penggerudian dan unjuran stabil terhadap fabrikasi struktur tetap dan kemudahan dasar laut, membekal talian paip, perkhidmatan dalam air, serta aktiviti tidak beroperasi.
"Bagaimanapun unjuran sederhana dijangkakan ke atas pemasangan tongkang apungan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat minyak dan gas negara itu bersempena penerbitan laporan Prospek Aktiviti Petronas (PAO) 2022-2024 hari ini.
Laporan tahunan PAO itu menyatakan pandangan mengenai trend industri, prospek permintaan dan aktiviti yang akan datang daripada perniagaan huluan, hiliran, gas dan tenaga baharu syarikat itu.
Dalam laporan itu, Petronas berkongsi pendapatnya yang dijangka memberikan impak positif terhadap industri.
Antara yang ditekankan adalah dorongan Petronas kepada penggunaan tenaga bersih yang selanjutnya dan mendapatkan profil rendah karbon berikutan penglibatan syarikat itu dalam perniagaan hidrogen, menawarkan peluang kepada penggiat industri peralatan dan perkhidmatan minyak dan gas (OGSE).
"Petronas Ventures selaku cabang modal usaha niaga syarikat ini akan terus memacu inovasi teknologi dan mengekalkan kelebihan daya saing untuk menyokong minyak utamanya dan perniagaan bagi pertumbuhan selanjutnya.
"Kecekapan sebagai pengupaya dalam usaha memaksimumkan aset adalah kunci kepada penambahbaikan yang berterusan dalam operasi. Tahap kecekapan tertinggi dalam amalan penyampaian projek memberikan prospek projek yang lebih memberangsangkan, mencipta nilai kepada industri dan mengekalkan kelebihan daya saing dan kemampanan," menurut syarikat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021

Petronas berpandangan meskipun peralihan tenaga yang dipercepatkan akan mewujudkan cabaran selanjutnya kepada perniagaan minyak dan gas tradisional, peserta industri harus inovatif dan mengekalkan kos-kompetitif. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Petros telah mengemukakan surat cadangan kepada Petronas mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu.

Sabah seru syarikat OGSE rebut peluang Petronas dalam dua tahun akan datang
Kerajaan Sabah menyeru syarikat-syarikat perkhidmatan minyak dan gas (OGSE) di negeri ini untuk merebut peluang dalam sektor yang disediakan oleh Petronas dalam dua tahun akan datang.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

PM Anwar harap kerjasama Petronas-Petrovietnam dimeterai Mei ini
Beliau berkata kerjasama melibatkan pelaburan bernilai berbilion ringgit itu bakal memberi pulangan yang baik kepada kedua-dua negara.

Petronas, Petrovietnam percepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam - PM Anwar
Kerjasama ini melibatkan penjanaan kuasa dan sambungan grid dari Vietnam ke Malaysia, dengan fokus pada tenaga boleh baharu.

Petronas nafi ‘buang’ 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun ini
Petronas menafikan dakwaan bahawa syarikat minyak dan gas nasional itu akan memberhentikan kira-kira 16,000 pekerja.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.