KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun serta memorandum persefahaman (MoU) dengan Japan Bank for International Cooperation (JBIC), untuk sama-sama meneruskan matlamat kemampanan/kelestarian dan mencapai neutral karbon menjelang 2050.
Dalam satu kenyataan di sini pada Selasa, syarikat minyak negara itu berkata MoC dengan METI bertujuan meningkatkan kerjasama di antara Petronas dan Jepun dalam pembangunan serta penggunaan sumber tenaga dan teknologi untuk mencapai peralihan tenaga pragmatik.
Sementara MoU bersama JBIC menumpukan pada meluas dan meningkatkan kerjasama dua hala antara Petronas dan syarikat-syarikat Jepun dalam projek yang dikendalikan oleh Petronas secara global dalam pelbagai sektor termasuk pembangunan rantaian nilai hidrogen dan ammonia, tenaga boleh diperbaharui, penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) dan mobiliti hijau.
"MoC dan MoU itu dijangka memudahkan pelaburan dan pembiayaan selain dapat meningkatkan kerjasama teknikal dan kecekapan dalam teknologi rendah karbon di rantau ini," katanya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata Jepun telah lama menjadi rakan kongsi syarikat sejak zaman eksport gas asli cecair (LNG) pertamanya pada awal 1980-an dan perkongsian ini telah berkembang merangkumi bidang kerjasama baharu dalam ruang tenaga bersih.
“Petronas berbesar hati untuk terus mengukuhkan lagi hubungan kami melalui kerjasama dengan METI dan JBIC ini dalam meneruskan pertumbuhan hijau untuk Asia ke arah peralihan tenaga,” katanya.
Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz
Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz
Beliau berkata kerjasama dan perkongsian yang lebih kukuh termasuk akses yang lebih baik kepada teknologi dan pembiayaan, adalah kunci untuk mencapai peralihan tenaga yang berkesan dan seimbang.
Tengku Muhammad Taufik berkata kerjasama itu tepat pada masanya sejajar dengan pelancaran Dasar Tenaga Negara (DTN) baru-baru yang menggariskan rancangan pembangunan jangka panjang negara dan pada masa yang sama memenuhi keperluan tenaga sambil beralih kepada masa hadapan rendah karbon.
“Berpandukan DTN dan matlamat dalaman kami dalam memenuhi tujuannya sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif, Petronas akan meneruskan kerjasama sinergi dalam menyokong agenda tenaga Malaysia dan aspirasi kumpulan sendiri untuk pertumbuhan berterusan dalam ruang ini,” jelasnya.
Majlis pemeteraian dokumen diadakan pada 26 Sept 2022 di luar acara Mesyuarat Peringkat Menteri mengenai Perkongsian Pertumbuhan Hijau Asia (AGGPM) di Jepun. - DagangNews.com
Astro Awani
Wed Sep 28 2022
MoC dengan METI bertujuan meningkatkan kerjasama di antara Petronas dan Jepun dalam pembangunan serta penggunaan sumber tenaga dan teknologi untuk mencapai peralihan tenaga pragmatik.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.
Membina kerjaya di Petronas: Dari luar pesisir Kerteh ke persada dunia
Peluang menimba ilmu yang diberikan oleh Petronas berjaya melahirkan ramai pekerja mahir bertaraf antarabangsa, sekali gus menguntungkan negara dari segi pembangunan modal insan.