KUALA LUMPUR: Petronas terus menjadi syarikat terbaik dari tahun lepas dalam senarai Syarikat Terbaik LinkedIn 2022 di Malaysia, merupakan kedudukan tahunan yang kedua daripada 15 tempat kerja terbaik untuk mengembangkan kerjaya.
Ini diikuti oleh Maybank, Bosch, Permodalan Nasional Bhd (TNB) dan B. Braun Group.
Dalam kenyataan, LinkedIn berkata syarikat minyak dan gas negara yang bersepadu sepenuhnya itu, komited untuk meningkatkan kemahiran pekerjanya supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang berubah dengan cepat.
Katanya daripada tujuh syarikat tempatan yang disenaraikan pada 2022, tiga adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan satu syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Ia adalah Petronas, Maybank, PNB dan TNB (nombor 11).
"Entiti kerajaan ini merupakan antara majikan terbesar di negara ini dan terus mengambil pekerja dari peringkat permulaan hingga ke jawatan kanan, selain menawarkan peluang latihan dan program pelatih," katanya.
Menawarkan senario kerja yang fleksibel, Maybank memperkenalkan persekitaran kerja hibrid yang membolehkan pekerja mempunyai akses ke 'hot-desking' dan bilik mesyuarat manakala PNB memulakan aturan kerja fleksibel yang baharu, membolehkan 1,750 pekerja bekerja dari rumah semasa pandemik.
Katanya melalui inisiatif global 4Diversity, B. Braun Group memberi tumpuan kepada meningkatkan kesedaran dan peluang untuk kemajuan kerjaya yang sama rata.
Syarikat itu melaburkan sumber untuk menambah jumlah pengurus wanita untuk mencerminkan mempunyai wakil yang sama di semua peringkat pengurusan.
Sementara itu, Bosch mempunyai reputasi untuk persekitaran kerja yang seimbang yang mengamalkan kepelbagaian dan keterangkuman.
"Dalam kita terus menghadapi realiti yang mencabar di dunia hari ini, penglibatan dan sokongan pekerja kini lebih penting berbanding sebelum ini.
"Senarai Syarikat Terbaik kami meraikan syarikat yang melabur dalam pertumbuhan dan kesejahteraan sumber yang paling penting di tempat kerja - pekerja.
"Dengan program dan inisiatif yang khusus untuk menyokong perkembangan kerjaya dan keperluan yang semakin meningkat untuk keseimbangan kerja-kehidupan, syarikat-syarikat ini menerajui tanggungjawab untuk kejayaan jangka panjang dalam tenaga kerja," kata Editor Pengurusan Kanan LinkedIn News Satoshi Ebitani.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Ini merupakan kedudukan tahunan yang kedua buat Petronas daripada 15 tempat kerja terbaik untuk mengembangkan kerjaya. - Gambar fail/REUTERS
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.
Membina kerjaya di Petronas: Dari luar pesisir Kerteh ke persada dunia
Peluang menimba ilmu yang diberikan oleh Petronas berjaya melahirkan ramai pekerja mahir bertaraf antarabangsa, sekali gus menguntungkan negara dari segi pembangunan modal insan.