KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan bersih RM23.9 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 berbanding RM30.8 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.
Perolehan pada suku berkenaan turut menyusut kepada RM82.9 bilion daripada RM98.9 bilion tahun ke tahun, terutamanya berikutan purata harga direalisasi lebih rendah, yang sebahagiannya diimbangi oleh impak pertukaran asing yang menggalakkan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata prestasi suku ketiga syarikat minyak nasional itu memperlihatkan penyampaian yang tertumpu kepada strategi peralihan tenaga meskipun dalam keadaan pasaran tenaga yang tidak menentu.
"Kami meneruskan untuk melabur semula dalam perniagaan teras dan baharu kami, menggandakan usaha bagi memastikan keselamatan bekalan tenaga untuk Malaysia dan pelanggan kami di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan semalam.
Bagi suku ketiga, aliran tunai Petronas daripada aktiviti operasi (CFFO) berjumlah RM18.1 bilion, seiring dengan keuntungan rendah yang diterima dalam tempoh itu.
Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan bersih Petronas menyusut sebanyak RM13.1 bilion kepada RM64.1 bilion daripada RM77.2 bilion pada tahun sebelumnya, manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai, pelunasan (EBITDA) berkurangan kepada RM103.9 bilion berbanding RM130.2 bilion.
Perolehan dalam tempoh itu berjumlah RM251.9 bilion, penurunan tahun ke tahun sebanyak RM17.5 bilion, terutamanya berikutan purata harga direalisasi lebih rendah bagi semua produk, sejajar dengan penyusutan harga penanda aras, namun diimbangi dengan peningkatan jumlah jualan produk utama dan impak pertukaran asing yang menggalakkan.
Tengku Muhammad Taufik berkata Petronas berada di landasan untuk mencapai penggunaan penuh 20 peratus perbelanjaan modal yang komited untuk mempergiat penyahkarbonan operasi syarikat dan pertumbuhan dalam perniagaan baharu.
"Memandangkan kami membina momentum ini untuk memberi nilai kemampanan jangka panjang sebagai syarikat minyak nasional dan terus berkembang sebagai penggiat tenaga global, Petronas mengekalkan tekad untuk mendepani perubahan kitaran pasaran tenaga dengan komitmen kukuh tanpa gangguan dan melakukan segala usaha menyediakan tenaga selamat, dihasilkan dengan bertanggungjawab, kos optimum dan mengurangkan pelepasan," katanya.
CFFO Petronas bagi sembilan bulan pertama 2023 berada pada RM76.0 bilion, manakala jumlah aset meningkat kepada RM752.2 bilion sehingga 30 Sept 2023 berbanding RM710.6 bilion pada 31 Dis 2022.
Dari segi perbelanjaan modal (capex), Petronas telah memperuntukkan RM34.3 bilion untuk tempoh sembilan bulan, terutamanya berkenaan projek huluan dan gas.
Menurutnya capex domestik meningkat sebanyak 37 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas terutamanya untuk pelaburan dalam projek gas asli cecair terapung dekat pantai oleh Petronas di Sabah dan kemudahan pembangunan lapangan gas Kasawari dan sekuestrasi karbon dioksida di Sarawak.
Ekuiti pemegang saham menokok kepada RM432.4 bilion setakat 30 Sept 2023 daripada RM401.6 bilion sehingga 31 Dis 2022, terutamanya berikutan keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang saham dan impak menggalakkan daripada pertukaran asing dalam tempoh itu, sebahagiannya diimbangi oleh dividen yang diisytiharkan kepada kerajaan.
Pada masa depan, Petronas berkata harga minyak dan gas yang tidak menentu dijangka lebih ketara akibat ketidaktentuan ekonomi yang berlarutan dan kebimbangan yang meningkat terhadap keselamatan tenaga global dalam keadaan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.
Berikutan itu, Petronas menjangka keuntungan lebih rendah pada tahun ini berbanding 2022, namun menegaskan untuk terus memperkukuh kecemerlangan operasi dalam perniagaan terasnya di samping menguatkan pertumbuhan dan agenda kemampanan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Petronas berkata harga minyak dan gas yang tidak menentu dijangka lebih ketara akibat ketidaktentuan ekonomi yang berlarutan dan kebimbangan yang meningkat terhadap keselamatan tenaga global. - Gambar hiasan/DagangNews
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

Kesepakatan Petronas-Petros perkukuh industri minyak dan gas negara
Kebanyakan mereka menyifatkan langkah itu mampu memperkukuhkan lagi sektor industri minyak dan gas negara.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.

Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.

Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.

Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.

Petronas pertimbang tamat aktiviti aset matang, termasuk saluran paip gas Sabah-Sarawak
Petronas mempertimbangkan untuk menamatkan aktiviti aset matang dalam operasi huluan negara, termasuk Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak.

UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.