KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui jenama Petronas Marine, telah memulakan perniagaan pengisian gas asli cecair (LNG) dengan rakan kongsi jangka panjang Tiger Gas.
Dalam kenyataan pada Rabu, Petronas berkata ini susulan penyempurnaan operasi pengisian LNG kapal kepada kapal yang pertama kira-kira 500 tan LNG untuk Tiger Maanshan, kapal kargo dek dwi-bahan api terbesar di dunia.
"Tiger Gas menjadi pelanggan dari China yang pertama untuk perniagaan pengisian LNG Petronas," katanya.
Naib Presiden Pemasaran dan Perdagangan Petronas Ahmad Adly Alias berkata syarikat minyak nasional komited untuk menjadikan kemampanan sebagai landasan operasinya di China dengan menyediakan penyelesaian tenaga yang akan membantu memacu kemajuan ke arah matlamat 'dwi karbon' republik itu selain menyumbang kepada pertumbuhan industri tenaga bersama rakan kongsi.
Sementara itu, Pengerusi Tiger Group Gerry Wang berkata kumpulan dan Petronas telah mengekalkan kerjasama yang baik untuk tempoh yang lama.
"Hari ini, pengisian LNG kapal kepada kapal luar pesisir telah memendekkan pemulihan kapal pembawa LNG yang meletakkan asas yang kukuh untuk rantaian bekalan LNG yang lebih cekap dan hijau.
"Pada masa depan, Tiger Gas akan terus bekerjasama dengan Petronas untuk memudahkan peralihan tenaga," katanya.
Melangkah ke hadapan, Petronas berkata ia akan terus komited kepada pasaran China, memperkasakan industri tenaga China dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023
Hadir pada majlis di Kuala Lumpur semalam, (dari kiri) Ketua Perwakilan Pejabat Perwakilan Petronas Beijing Lisy Lee, Ahmad Adly, Gerry Wang dan Presiden Tiger Gas Junfeng Xu. - Foto Petronas
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Polis sahkan terima laporan lelaki ganggu jemaah masjid TTDI
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood pada Khamis, laporan polis itu dibuat berdasarkan sebuah video tular memaparkan lelaki tersebut mengganggu serta melakukan beberapa kerosakan di masjid tersebut.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
Geng Atan tumpas, didakwa 10 pertuduhan di mahkamah pada Jumaat
Geng pecah rumah dan curi kenderaan yang dikenali sebagai Geng Atan berjaya ditumpaskan polis dalam Op Pintu, Lejang, bulan lalu.
KLN beri bantuan rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi
Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.65 mata kepada 1,626.49 daripada 1,628.14 pada Jumaat lepas.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.