KUALA LUMPUR: Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan SP Global Malaysia yang diselaraskan secara bermusim merosot kepada 50.3 pada Ogos berbanding 50.6 pada Julai, sekali gus menunjukkan peningkatan yang perlahan dalam sektor itu.
SP Global Market Intelligence berkata angka terkini itu mencerminkan pengeluaran pembuatan dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang mengalami kelembapan beransur-ansur menjelang akhir suku ketiga 2022 berikutan peningkatan yang berterusan sepanjang suku kedua tahun ini.
Ketua Ahli Ekonomi Perniagaan Chris Williamson dalam kenyataan hari ini berkata sektor pembuatan Malaysia menunjukkan keadaan perniagaan lebih baik kali ke-10 pada Ogos, walaupun ternyata masih berdepan tekanan ekoran kekurangan bahan mentah dan buruh, kenaikan harga serta permintaan yang perlahan, terutamanya dari luar negara.
Malah, terdapat isyarat bahawa kekangan bekalan mula berkurangan, manakala tekanan harga semakin reda.
“Walaupun permintaan bagi eksport merosot, Ogos menyaksikan kadar peningkatan yang kecil bagi tempahan baharu, yang semestinya mendorong pertumbuhan pengeluaran lebih memberangsangkan pada September.
“Ini disokong prospek cerah yang digambarkan dengan keyakinan yang meningkat dalam perniagaan, mencatatkan kenaikan pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan,” menurut Williamson.
SP Global Market Intelligence berkata angka keseluruhan yang lemah pada Ogos disumbangkan terutamanya oleh jumlah output yang sederhana.
Menurutnya, biasanya firma mengaitkan pengeluaran yang perlahan dengan kesukaran menerima imput di tengah-tengah kelewatan penghantaran yang berlanjutan meskipun tidak seteruk bulan-bulan sebelum ini.
Pada masa depan, SP Global Market Intelligence berkata pengeluar Malaysia kekal optimis terhadap unjuran output dan berharap permintaan akan terus meningkat apabila pandemik berupaya dikawal sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022
SP Global Market Intelligence berkata angka keseluruhan yang lemah pada Ogos disumbangkan terutamanya oleh jumlah output yang sederhana. - Gambar hiasan/BERNAMA
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pertumbuhan sektor pembuatan Malaysia susut pada Ogos, PMI merosot kepada 50.3
Ia mencerminkan pengeluaran pembuatan dan pertumbuhan KDNK yang mengalami kelembapan beransur-ansur menjelang akhir suku ketiga 2022.