Pertumbuhan sebenar KDNK global diunjur merosot daripada 5.7 peratus pada 2021 kepada 3.3 peratus pada 2022, menunjukkan perdagangan barangan dan perkhidmatan akan perlahan dengan pertumbuhan eksport barangan dijangka menurun sehingga separuh, menurut laporan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Isnin.
Kelembapan dalam eksport perkhidmatan termasuk pengangkutan dan perjalanan bagaimanapun kurang ketara, daripada 17.2 peratus kepada 14.6 peratus, lapor Agensi Anadolu memetik Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD).
Harga komoditi utama seperti makanan dan tenaga melonjak 55 peratus pada 2021, menurut Buku Panduan Perangkaan UNCTAD 2022, yang menjadi rujukan tahunan global untuk aliran perdagangan dan pembangunan.
Kenaikan harga komoditi utama berterusan tahun ini, dengan harga pada Ogos mencecah paras tertinggi dalam hampir tiga dekad.
Buku panduan ini menyediakan data dan petunjuk kritikal tentang bagaimana ekonomi global telah berkembang di peringkat wilayah, negara dan sektor.
"Statistik ini akan membantu negara di seluruh dunia untuk mengambil langkah dasar berasaskan bukti bagi mengurangkan kesan krisis global terhadap golongan paling rentan," kata Setiausaha Agung UNCTAD Rebeca Grynspan.
Laporan itu menunjukkan dagangan dalam kedua-dua barangan dan perkhidmatan akan menjadi perlahan. Pertumbuhan dalam eksport barangan dijangka menurun sebanyak separuh daripada peningkatan ketara 26.5 peratus yang dicatatkan pada 2021 kepada 13.8 peratus tahun ini.
Walaupun pertumbuhan kukuh dalam perdagangan perkhidmatan pada 2021, nilai eksport (AS$6.1 trilion) kekal di bawah paras sebelum COVID-19 (AS$6.3 trilion pada 2019).
Inflasi juga meningkat terutama di Afrika, dengan harga pengguna melonjak 22.7 peratus pada 2021.
Lebihan dagangan ekonomi membangun berkembang, terutama di Afrika.
Negara membangun lebih banyak berdagang dengan negara maju (AS$8 trilion) berbanding sesama mereka (AS$5.4 trilion).
Dagangan antara negara maju meningkat sedikit pada AS$8.5 trilion.
Kepelbagaian eksport kekal sebagai cabaran bagi negara membangun, kata laporan itu.
Empat puluh enam negara kurang maju (LDC) dunia melaporkan pertumbuhan KDNK sebenar hanya 2 peratus pada 2021, kurang daripada separuh purata global 5.7 peratus.
Pertumbuhan KDNK LDC jauh lebih rendah daripada sasaran pertumbuhan per kapita tahunan sebanyak 7 peratus yang termaktub dalam Agenda Pembangunan Mampan PBB 2030.
Penduduk global mencecah 8 bilion pada November 2022, walaupun pertumbuhan merosot sejak akhir 1980-an. Pada 2021, ia mencatatkan 0.87 peratus .
Kadar pergantungan global juga meningkat dalam kalangan penduduk. Secara purata, terdapat 54 kanak-kanak tanggungan atau orang tua bagi setiap 100 pekerja. Afrika mempunyai nisbah tanggungan tertinggi pada 72 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
Harga komoditi utama seperti makanan dan tenaga melonjak 55 peratus pada 2021.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
Pertumbuhan KDNK sebenar dunia diunjur merosot kepada 3.3 peratus -- PBB
Pertumbuhan sebenar KDNK global diunjur merosot daripada 5.7 peratus pada 2021 kepada 3.3 peratus pada 2022.