Kerajaan menjangkakan pertumbuhan eksport Halal Malaysia akan meningkat, selari dengan pertumbuhan jumlah perdagangan negara yang diunjur tumbuh 3% tahun ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata setakat Jun tahun ini, Malaysia mengeksport produk Halal bernilai RM15.7 bilion.
"Daripada jumlah ini, 14.4% atau RM1.6 bilion disumbangkan oleh syarikat-syarikat Bumiputera yang memperoleh persijilan Halal," katanya kepada media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan Kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), SME Bank dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) hari ini.
Mustapa berkata berdasarkan statistik eksport, Malaysia merupakan pengeksport terbesar produk halal dikalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam.
"Destinasi utama bagi keluaran halal Malaysia yang dieksport adalah China, Singapura, Amerika Syarikat, Indonesia, Belanda dan Jepun," tambah beliau.
Sementara itu, HDC, SME Bank dan TERAJU telah menandatangani persetujuan kerjasama bagi Dana Pembangunan Halal dengan dana berjumlah RM280 juta yang disasarkan kepada pengusaha industri halal dan usahawan Bumiputera bagi membantu mereka meningkatkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Melalui kerjasama ini, HDC akan mengendalikan pra-pemeriksaan dan menyediakan senarai syarikat-syarikat Halal yang layak dan berkualiti, SME Bank pula akan memproses permohonan ini dan mengagihkan kemudahan pembiayaan manakala TERAJU akan memberi jaminan penempatan dana untuk syarikat-syarikat Bumiputera yang terpilih.
Sepanjang tempoh pelancaran dana tersebut sehingga 30 September, SME Bank telah meluluskan sebanyak RM89.4 juta permohonan di bawah dana ini.
"Kami menjangkakan baki dana sebanyak RM190.6 juta akan diluluskan keseluruhannya menjelang suku pertama tahun hadapan," kata Pengarah Urusan SME Bank Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.
Dalam majlis yang sama turut menyaksikan SME Bank dan TERAJU menandatangani pembiayaan Dana TERAS dengan peruntukan RM320 juta, bagi mengenal pasti usahawan Bumiputera yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam program Syarikat Bumiputera Berpretasi Tinggi (TERAS) di bawah kelolaan TERAJU.
Program TERAS membantu usahawan Bumiputera untuk meningkatkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan mewujudkan "juara dunia" dalam kalangan syarikat Bumiputera.
Dalam tempoh tidak sampai setahun, sehingga kini sebanyak RM355.6 juta telah diluluskan oleh SME Bank di bawah program Dana TERAS.
Bernama
Fri Oct 18 2013
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
RM1 bilion untuk Dana Pembangunan Halal
Peruntukan itu dapat dimanfaatkan oleh usahawan bumiputera yang juga berperanan sebagai penggerak utama industri.