KUALA LUMPUR: Westports Holdings Bhd merekodkan untung bersih yang lebih rendah pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 sebanyak RM162.29 juta, susut 8.81% berbanding RM177.97 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, pendapatan pada tempoh berkenaan meningkat 1.17% kepada RM510.98 juta daripada RM505.07 juta, berikutan hasil kontena yang lebih tinggi, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Khamis.
Susulan itu, untung bersih Westports bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2022 susut 18.68% kepada RM314.15 juta, daripada RM386.29 juta, terjejas akibat Cukai Makmur dan ketiadaan pembayaran balik insurans RM20 juta tahun lalu.
Pendapatan bagi tempoh itu meningkat 1.39% kepada RM1.03 bilion daripada RM1.01 bilion, meskipun mengalami pengurangan volum kepada 4.88 juta TEU, daripada 5.3 juta TEU bagi tempoh sama 2021.
Pada suku dikaji, keadaan makroekonomi global tidak menentu, termasuk lonjakan harga tenaga global, tekanan inflasi yang meningkat secara meluas, kenaikan kadar faedah, momentum ekonomi yang merosot dan konflik ketenteraan di Ukraine.
Cabaran buruk ini ditambah lagi dengan kekangan rantaian bekalan yang tidak dapat diselesaikan dan penutupan pelabuhan disebabkan pandemik COVID-19.
Pengarah Urusan Westports, Ruben Emir Gnanalingam Abdullah berkata, selain momentum ekonomi yang semakin lemah, pasaran kewangan juga tidak menentu dengan ketepatan masa rantaian bekalan yang mencabar.
"Ini semuanya tidak dapat dielakkan dan akhirnya boleh menjejaskan daya pengeluaran kontena, malah, dunia juga perlu menghadapi cabaran untuk mengehadkan perubahan iklim," katanya.
Menurut beliau, perkembangan luaran akan menjadi lebih mencabar pada suku berikutnya dengan persekitaran makro yang tidak menggalakkan, kekangan rantaian bekalan dan ketidaktentuan pandemik mungkin menimbulkan cabaran untuk pemulihan ekonomi dan perdagangan yang lebih meluas.
Bagi Westports, katanya, persekitaran luaran yang berubah dengan pantas menjadikannya semakin mencabar untuk mengekalkan volum pemprosesan kontena yang sama pada tahun semasa.
"Bagaimanapun, ekonomi tempatan pada masa ini agak kurang terjejas, justeru, Westports akan terus memainkan peranannya sebagai pelabuhan gerbang utama bagi Malaysia dan terus menyokong aktiviti ekonomi," jelasnya. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Jul 29 2022

Untung bersih Westports bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2022 susut 18.68% kepada RM314.15 juta, daripada RM386.29 juta, terjejas akibat Cukai Makmur dan ketiadaan pembayaran balik insurans RM20 juta tahun lalu. -Gambar fail/Dagang News

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Untung bersih Westports melonjak kepada RM779.43 juta pada tahun kewangan 2023
Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd melonjak kepada RM779.43 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.

Persekitaran mencabar jejas untung bersih Westports, susut 8.8% kepada RM162 juta
Pendapatan pada tempoh berkenaan meningkat 1.17% kepada RM510.98 juta daripada RM505.07 juta, berikutan hasil kontena yang lebih tinggi.

Westports terus berdepan tekanan kos diesel, penurunan volum kontena pada FY22
Westports juga berdepan pengurangan panggilan pemindahan kapal oleh kontena, dalam usaha mereka untuk meningkatkan kebolehpercayaan jadual.