KUALA LUMPUR: Selepas melalui keperitan daripada pelaksanaan kawalan sekatan pergerakan sepenuhnya tahun lepas, persatuan dan persekutuan merangkumi pelbagai perniagaan mengambil keputusan sebulat suara tidak bersetuju terhadap langkah sekatan secara total, tetapi sebaliknya prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat patut dikuatkuasakan untuk membendung gelombang terbaru penularan COVID-19.
Malaysia mencatatkan jumlah harian tertinggi kes iaitu 6,075, melonjakkan jumlah kes aktif kepada 47,340, sekali gus menyarankan sekatan pergerakan sepenuhnya di dalam negara, terutama di Selangor.
Menurut Persatuan PKS Malaysia, sekatan pergerakan sepenuhnya akan memberi kesan yang signifikan terhadap pemulihan ekonomi negara kerana sekitar 40 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sudah menderita dan 37.7 peratus akan menutup operasi perniagaan mereka untuk selamanya.
Memetik contoh kaji selidik yang dilakukan oleh persatuan itu, presidennya Datuk Michael Kang berkata: "Sekiranya langkah yang sama diambil semasa PKP 1.0 bagi PKP 3.0, lebih daripada 40 peratus PKS akan mengalami masalah kewangan yang teruk dan dua juta kehilangan pekerjaan."'
Presiden kebangsaan Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) Datuk Tan Cheng Kiat pula berkata pengalaman dan pelajaran daripada PKP 1.0 menunjukkan walaupun keluk semakin mereda, kehancuran terhadap ekonomi hampir tidak dapat dipulihkan.
Pelaksanaan SOP yang tidak jelas dan penguatkuasaan secara sembarangan telah menjejaskan perniagaan, tegasnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengeluar Peralatan Komponen Automotif Malaysia (MACPMA) Peter Lim berkata penutupan selama empat minggu seperti yang dialami semasa PKP 1.0 tahun lepas telah menyebabkan kerugian sebanyak RM1.15 bilion daripada penjualan eksport sahaja.
"Oleh itu, kami tidak boleh berdepan dengan satu lagi sekatan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan.
Industri berkenaan pada masa ini menggajikan kira-kira 250,000 pekerja, termasuk profesional seperti jurutera, pereka dan penganalisis data.
"Kira-kira 70 peratus ahli kami terdiri daripada PKS dan lebih daripada 30 peratus adalah pengeksport.
"Pengeksport kami perlu meneruskan operasi kerana akibat daripada penutupan operasi sepenuhnya akan memberi kesan yang sangat buruk kepada perniagaan dan ekonomi. Banyak pengeluar alat ganti automotif bergantung pada perniagaan eksport, " jelas beliau.
Malaysia membekalkan komponen komponen automotif ke seluruh dunia dan merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan automotif global.
Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) turut mendesak kerajaan untuk tidak melaksanakan sebarang bentuk penutupan secara menyeluruh, baik di seluruh negara mahupun di negeri-negeri dengan kadar jangkitan tinggi seperti Selangor.
"Teruskan dengan model PKP 2.0 untuk membolehkan sektor ekonomi beroperasi tetapi terapkan SOP yang lebih ketat untuk menurunkan kadar jangkitan dengan cepat," kata presiden Tan Sri Datuk Soh Thian Lai.
Beliau turut mencadangkan sekatan yang lebih ketat terhadap mobiliti dan arahan kekal di rumah; penjadualan semula giliran kerja di kilang dengan mengurangkan pekerja beroperasi berdasarkan penilaian individu syarikat; dan amalan kerja dari rumah (WFH) sepenuhnya untuk syarikat yang mampu dan mempunyai kemudahan sokongan yang diperlukan untuk berbuat demikian.
"Teruskan dengan bantuan yang diperlukan termasuk bantuan kewangan seperti moratorium pinjaman, program subsidi upah, bantuan pembiayaan, pengurangan kos perniagaan seperti kos utiliti, sumbangan berkanun, kadar pembiayaan dan lain-lain untuk membantu industri yang terjejas teruk oleh PKP 3.0 dan COVID-19. "
Soh turut menggesa kerajaan mempercepat program imunisasi agar sektor ekonomi dapat mencapai imuniti kawanan dengan lebih cepat.
Seperti FMM, Majlis Industri Kimia Malaysia (CICM) juga meminta kerajaan mempercepat proses vaksinasi untuk masyarakat umum dan pelaksanaan program imunisasi nasional untuk sektor ekonomi mencapai imuniti kawanan.
Ia mencadangkan agar syarikat yang berintensifkan tenaga kerja dan pekerjaan dalam kurang daripada jarak selamat satu meter harus melakukan ujian swab ke atas pekerja masing-masing setiap dua minggu sebelum membenarkan mereka memasuki premis.
Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI) sebaliknya menyatakan pihaknya berharap kerajaan memberi keutamaan kepada semua pihak yang berkepentingan dalam ekosistem hospital untuk vaksinasi, termasuk wakil klinikal dan juruteknik dalam lingkungan tenaga kerja industri peranti perubatan dan mereka yang penting dalam rantaian bekalan pembuatan alat peranti perubatan.
Ia percaya bahawa dengan kerjasama yang kuat antara kerajaan dan sektor swasta, negara akan dapat bertahan dalam mengharungi krisis ini.
- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
Sekiranya langkah yang sama diambil semasa PKP 1.0 bagi PKP 3.0, lebih 40 peratus PKS akan alami masalah kewangan yang teruk dan dua juta kehilangan pekerjaan, kata Presiden PKS Malaysia. - Gambar hiasan
Sesi pertama pendengaran perbicaraan Presiden Korea Selatan berakhir dalam 4 minit
Pemangku Presiden Mahkamah Moon Hyung Bae mengumumkan perbicaraan akan diteruskan seperti yang dijadualkan tanpa mengira kehadiran Suk Yeol, dengan sesi seterusnya ditetapkan pada Khamis pukul 2 petang.
Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
: ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau, di samping memupuk kerjasama dengan pemain industri global.
Polis tahan sembilan lelaki disyaki menyamar, rompak
Polis menahan sembilan lelaki warga tempatan kerana disyaki merompak sekumpulan pekerja kebun sayur dengan menyamar sebagai anggota penguat kuasa dan bersenjatakan parang, tengah malam Isnin.
Pistol, 67 butir peluru hidup ditemui dalam kotak misteri di Pantai Robina
Misteri sebuah kotak berbalut plastik hitam dijumpai di persisiran Pantai Robina di Butterworth, Pulau Pinang, awal pagi Selasa, terjawab dengan penemuan sepucuk pistol bersama kelopak peluru dan 67 butir peluru hidup di dalamnya.
Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, keseluhan proses berkaitan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) ini hanya mengambil masa 11 bulan sahaja.
Isu selesai, tiada ralat dalam soal dasar – PM
Isu yang berbangkit mengenai kedudukan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah selesai tanpa sebarang ralat dari segi dasar dan perundangan.
Skim harga maksimum diumum dalam masa terdekat
Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat
Kos pembaikan jalan akibat banjir cecah lebih RM100 juta
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia melibatkan kos pembaikan jalan di negeri-negeri di Semenanjung berjumlah RM45.37 juta meliputi pembaikan berkala pavement(jalan berturap), berkala bukan pavement, jambatan dan lampu isyarat serta lampu jalan.
KKM kekal kuatkuasakan larangan merokok di pejabat
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.