Perodua dan Daihatsu Motor Corporation Ltd Jepun hari ini memulakan pembinaan kilang pembuatan enjin di Sendayan TechValley di sini.
Ia adalah sebahagian daripada rancangan peluasan perniagaan syarikat dalam bidang pengeluaran enjin, komponen enjin dan jualan alat ganti.
Dijangkakan siap dan beroperasi pada separuh kedua 2016, kilang RM600 juta itu boleh mengeluarkan 140,000 unit enjin pelbagai kapasiti setahun, berdasarkan giliran kerja dua shif.
"Majlis ini amat bermakna kepada Perodua kerana ia menunjukkan keyakinan dalam pertumbuhan kedua-dua pasaran domestik dan global, di samping komitmen kami dalam menjadikan Malaysia hab automotif untuk rantau Asean.
"Kilang baharu ini akan diberikan nama rasmi kemudian, dan merupakan kemudahan untuk kami meluaskan industri automotif, sambil memastikan kos tetap rendah untuk meningkatkan pulangan.
"Ia juga sebahagian daripada program mengeluarkan bahagian kenderaan dalam negara," kata Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin.
Beliau berkata lokasi itu sendiri merupakan sebahagian daripada strategi memandangkan Sendayan TechValley menawarkan pakej yang paling kompetitif dari segi harga tanah, insentif dan lebih mudah mengedarkan produk yang dihasilkan, baik untuk kegunaan domestik mahupun serantau.
"Kami yakin bahawa sebahagian besar permintaan untuk bahagian enjin dan komponen adalah dari Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang merupakan pasaran tunggal di rantau Asia Tenggara yang akan wujud tidak lama lagi," kata Asmat.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata AEC menawarkan potensi cerah untuk semua sektor, terutama automotif, dengan pekerja dan barangan boleh bergerak bebas dalam zon ekonomi paling dinamis di dunia.
Bernama
Mon Oct 27 2014

Asmat melakukan upacara pecah tanah di Sendayan TechValley pada Isnin. Turut serta ialah (dari kiri) Pengurus Projek Kilang Enjin Daihatsu-Perodua Mikaye Koji, Aminar Rashiddan Pengarah Eksekutif Daihatsu Motor Co. Ltd Hoshika Hiromasa. - fotoBERNAMA
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

DSA dan NATSEC Asia 2024 diunjur jana limpahan ekonomi berjumlah RM700 juta
1,324 syarikat dari 60 negara menyertai DSA dan NATSEC Asia 2024 mulai 6 hingga 9 Mei, meliputi keluasan 48,000 meter persegi ruang pameran.

Perodua namakan SUV sebagai Ativa, harga bermula RM61,500
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) secara rasminya menamakan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak yang telah lama dinantikan sebagai Ativa.

APEC 2020 secara maya, Malaysia menimba pengalaman luar biasa.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, selepas 22 tahun, kali ini Malaysia menimba pengalaman yang luar biasa.

Perodua, Daihatsu Motor mula pembinaan kilang pembuatan enjin
Dijangkakan siap dan beroperasi pada separuh kedua 2016, kilang RM600 juta itu boleh mengeluarkan 140,000 unit enjin pelbagai kapasiti setahun, berdasarkan giliran kerja dua shif.