Perniagaan Malaysia dapat mencapai 179 juta pembeli aktif seluruh dunia menerusi langkah menyenaraikan produk mereka di pasaran global eBay.
Ketua bagi Peningkatan Penjual, eBay Asia Tenggara, Wong Mei Inn berkata eksport perdagangan rentas sempadan Malaysia masih di peringkat agak baharu justeru itu wujud peluang amat luas untuk lebih banyak perniagaan kecil menyertai kumpulan penjual eBay.
"Kami telah melancarkan program 'Let's eBay Academy' selama enam bulan, yang dilaksanakan untuk membangunkan penjual baharu melalui perkongsian wawasan dan membimbing mereka, supaya mereka dapat berdagang dengan jayanya serta menjual kepada pasaran global," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Program 'Let's eBay Academy' merupakan bengkel latihan yang dianjurkan bersama eBay, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) yang bertujuan membantu menginspirasikan usahawan bagi memulakan perniagaan e-dagang di samping menghubungkan mereka kepada pembeli aktif pasaran global.
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata mengikut Inisiatif Digital Malaysia, e-dagang telah dikenal pasti sebagai antara pemboleh utama untuk mempercepat pertumbuhan hasil ekonomi Malaysia.
"Kami mahu menggalakkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana Malaysia, khususnya generasi muda, untuk meneroka pasaran antarabangsa bersama eBay yang merupakan antara perintis e-dagang dunia," katanya.
Sementara itu, Pengarah e-Dagang MDEC, Song Hock Koon berkata Malaysia sebagai negara perdagangan kini sedang mempertingkat rantaian nilai dan perdagangan dalam idea, inovasi serta teknologi baharu seiring semangat kerjasama untuk membina masa depan negara.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi digital menyumbang 18.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia pada 2017 dan berpotensi meningkat kepada 20 peratus pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2019

Matrade menggalakkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana Malaysia, khususnya generasi muda, untuk meneroka pasaran antarabangsa bersama eBay yang merupakan antara perintis e-dagang dunia.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PKS tempatan rekod RM400 juta jualan e-dagang
Selain itu Lebih 30,000 MSMEs menyertai platform e-dagang di bawah kempen E-Dagang MSMEs PENJANA yang dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).