Permintaan untuk pekerja baharu masih positif dalam kalangan syarikat di Malaysia biarpun pasaran pekerjaan yang lemah, kata portal pekerjaan, Jobstreet.com.
Pengurusnya di Malaysia, Chook Yuh Yng berkata berdasarkan kajian yang dilakukan portal itu bulan lepas, 54 peratus daripada syarikat di semua sektor masih mempunyai hasrat yang kuat untuk mengambil pekerja baharu bagi mengisi jawatan yang mempunyai peranan penting.
"Tambahan pula, kira-kira 12 peratus majikan akan mengekalkan kadar pengambilan pekerja mereka sementara 18 peratus majikan yang di dalam kajian menyatakan akan meningkatkan pengambilan pekerja baharu tahun ini, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Latihan dan Kerjaya 2017 edisi ke-19 portal itu di sini pada Jumaat.
Malah kata Chook dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, portal itu menyenaraikan 20,000 tawaran pekerjaan setiap hari menghubungkan lebih 3.4 juta calon dengan lebih 80,000 majikan.
"Daripada kajian itu, kami mendapati 70 peratus daripada responden berhati-hati dalam pasaran ini antaranya kerana nilai ringgit yang rendah berbanding dolar Amerika dan inflasi," kata Chook.
Beliau berkata, industri yang paling atas dalam mengambil pekerja tahun ini ialah teknologi maklumat, pendidikan dan perkilangan.
Kajian yang melibatkan kira-kira 2,500 majikan dan lebih daripada 1,000 calon dilaksanakan pada Disember lepas.
Sementara itu, beliau berkata kira-kira 100 majikan tempatan menyertai pameran selama tiga hari di Pusat Pameran Mid Valley bermula hari ini.
"Kami berharap dapat menarik lebih 100,000 pencari kerja pada pameran ini tahun ini berbanding 91,000 tahun lepas," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 13 2017
![Permintaan untuk pekerja baharu masih positif - Jobstreet.com Permintaan untuk pekerja baharu masih positif - Jobstreet.com](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471502320_ChookYuhYng.jpg)
Kata Chook, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, portal itu menyenaraikan 20,000 tawaran pekerjaan setiap hari menghubungkan lebih 3.4 juta calon dengan lebih 80,000 majikan. - Gambar fail
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
![Peluang pekerjaan dijangka lebih banyak pada 2018 - Jobstreet.com Peluang pekerjaan dijangka lebih banyak pada 2018 - Jobstreet.com](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61515413891_PEKERJAKILANG.jpg)
Peluang pekerjaan dijangka lebih banyak pada 2018 - Jobstreet.com
Peluang pekerjaan dijangka lebih kukuh daripada 2017, dengan 30 peratus majikan Malaysia menunjukkan peningkatan dalam pengambilan pekerja baharu, kenaikan 12 peratus berbanding tahun.
![Sebenarnya, peluang pekerjaan dalam bidang STEM meningkat - Jobstreet Sebenarnya, peluang pekerjaan dalam bidang STEM meningkat - Jobstreet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41461913368_Jobstreet.jpg)
Sebenarnya, peluang pekerjaan dalam bidang STEM meningkat - Jobstreet
Anggapan bahawa kurang prospek kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah tidak benar.
![Permintaan untuk pekerja baharu masih positif - Jobstreet.com Permintaan untuk pekerja baharu masih positif - Jobstreet.com](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471502320_ChookYuhYng.jpg)
Permintaan untuk pekerja baharu masih positif - Jobstreet.com
Berdasarkan kajian portal itu bulan lepas, 54% daripada syarikat di semua sektor masih mempunyai hasrat yang kuat untuk mengambil pekerja baharu bagi mengisi jawatan penting.
![Graduan dan majikan harus nilai semula gaji pokok Graduan dan majikan harus nilai semula gaji pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471598574_YouthWorking.jpg)
Graduan dan majikan harus nilai semula gaji pokok
Graduan yang mencari kerja pertama dan pihak majikan harus menilai semula jangkaan berkenaan gaji pokok.
![JobStreet.com: Ekonomi lembap bukan penghalang syarikat ambil pekerja JobStreet.com: Ekonomi lembap bukan penghalang syarikat ambil pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471502320_ChookYuhYng.jpg)
JobStreet.com: Ekonomi lembap bukan penghalang syarikat ambil pekerja
Satu kaji selidik oleh JobStreet.com, mendedahkan walaupun keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini ia tidak menjejaskan syarikat Malaysia daripada mengambil pekerja baharu.
![50 peratus majikan akan terus ambil pekerja baharu dalam suku kedua - Jobstreet 50 peratus majikan akan terus ambil pekerja baharu dalam suku kedua - Jobstreet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437356759_JAPANPEOPLEWORK.jpg)
50 peratus majikan akan terus ambil pekerja baharu dalam suku kedua - Jobstreet
Menurut Pengarah Negara Jobstreet Chook Yuh Yng, meskipun banyak sektor berdepan faktor negatif, namun sektor tertentu masih mencatatkan pertumbuhan.