Perkongsian strategik pengeluar kereta nasional, Proton, dengan rakan kongsi asing akan memberi manfaat kepada semua yang terlibat dalam ekosistem industri automotif domestik, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
MITI berkata dari segi produk, selain daripada perkongsian platform, kedua-dua pihak bakal berkongsi sumber untuk membangunkan produk baharu.
"Di samping itu, perkongsian ini bakal membuka ruang pasaran yang lebih luas kepada Proton dari segi jualan dan eksport ke pasaran serantau," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Persidangan Dewan Rakyat, pada Selasa.
Kementerian tersebut menjawab soalan Khalid Abd Samad (Amanah-Shah Alam) mengenai kewajaran penjualan 51 peratus ekuiti Proton kepada pihak luar dan implikasinya kepada masa depan syarikat berkenaan.
Menurut kementerian itu, perkongsian strategik berkenaan dijangka memberi manfaat dari segi pengetahuan, teknologi serta pengilangan kepada Proton.
MITI berkata, pemilihan rakan strategik adalah satu faktor penting dalam usaha untuk mencapai transformasi demi kejayaan jangka masa panjang syarikat itu.
"Ini adalah bagi memastikan Proton terus berdaya saing serta mampu mencapai sasaran proses pemulihannya serta mengembalikan kegemilangan dan ekuiti jenama positif yang pernah dikecapi pada tahun-tahun sebelum ini.
"Oleh itu, perkongsian strategik ini dijangka memberi hasil terbaik kepada semua pihak yang terlibat," kata kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2017
Pemilihan rakan strategik adalah satu faktor penting dalam usaha untuk mencapai transformasi demi kejayaan jangka masa panjang Proton. - Gambar fail
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Terap pendekatan 'behavioural insights' untuk permudah jalankan perniagaan - Zafrul
MITI melihat potensi besar untuk melaksanakan pendekatan 'nudging' dan 'Behavioural Insights' (BI) dalam usaha memudahkan urusan menjalankan perniagaan di Malaysia.
Perdagangan Februari Malaysia naik 11 peratus, eksport meningkat 9.8 peratus
MITI dalam kenyataan hari ini berkata import pada bulan yang sama bertambah 12.4 peratus kepada RM92.71 bilion.
Belanjawan 2023: MITI terima peruntukan RM1.59 bilion untuk pacu pelaburan, perdagangan mampan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi di bawahnya menerima peruntukan berjumlah RM1.59 bilion menerusi Belanjawan 2023 yang dibentangkan hari ini.
MITI akan pastikan perdagangan kekal pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu utama kepada pertumbuhan Malaysia pada 2023.
Tiga tumpuan utama harungi kelembapan ekonomi global 2023 - Tengku Zafrul
Ia untuk memulihkan keyakinan pelabur berikutan ekonomi global yang dijangka perlahan pada 2023 antaranya memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama.
Dagangan Malaysia melonjak 31.4 peratus kepada RM256.9 bilion pada September 2022 - MITI
Perdagangan Malaysia terus mengekalkan trend peningkatan pada September 2022 apabila melonjak 31.4 peratus kepada RM256.91 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas.
Rangka kerja ESG kebangsaan bagi sektor pembuatan sedang digubal - MITI
Rangka kerja terbabit akan berdasarkan konsultasi dan libat urus dengan pemegang taruh tempatan dan antarabangsa.
MITI komited Malaysia capai KDNK 5.8 peratus tahun ini - Azmin
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri komited Malaysia mampu mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.8 peratus seperti yang diunjurkan Bank Dunia.
Empat kementerian penting perlu diberi nafas baharu - Ong Kian Ming
Ahli Parlimen Bangi mencadangkan empat kementerian utama diberi nafas baharu supaya mampu berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.
PIKAS: Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta bermula 16 Jun - MITI
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjelaskan syarikat dalam subsektor pembuatan kritikal akan diberikan keutamaan untuk vaksinasi.