KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin, disokong oleh perkembangan luaran yang positif.
Pada 9.10 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6575/6625 berbanding dolar AS daripada penutupan dagangan Jumaat pada paras 4.6710/6760.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit akan kekal terkawal menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat minggu depan.
Beliau berkata tumpuan utama akan diberikan kepada Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) AS kerana ini akan memberi petunjuk kekuatan dalam pasaran buruh yang bergerak baik seiring dengan mandat Rizab Persekutuan (Fed), antaranya adalah untuk mencapai pekerjaan maksimum.
"Sekiranya NFP ternyata lebih rendah daripada jangkaan, perbincangan mengenai kemungkinan peralihan dalam pendirian monetari akan mendapat lebih perhatian. Buat masa ini, ringgit akan diniagakan secara berhati-hati kerana Rizab Persekutuan masih mengambil sikap berwaspada terhadap risiko inflasi," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniaga kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain kecualii euro yang mana ringgit meningkat kepada 5.0641/0695 daripada 5.0900/0954 Jumaat lepas.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9038/9122 daripada 5.9014/9077 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.1777/1813 daripada 3.1591/1627 sebelumnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.
Mata wang tempatan agak tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 300.7/301.2 daripada 301.5/302.1 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.43 daripada 8.43/8.44 Jumaat lepas.
Nilai ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.4927/4967 daripada 3.4973/5016 tetapi susut berbanding baht Thai kepada 13.3952/4153 daripada 13.3301/3505 pada Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023
Mohd Afzanizam berkata ringgit akan kekal terkawal menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat minggu depan. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.