KUALA LUMPUR: Perdagangan borong dan runcit Malaysia berkembang 7.1 peratus dari tahun ke tahun untuk mencatatkan nilai jualan bulanan sebanyak RM147.9 bilion pada Mei 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin melalui satu kenyataan hari ini berkata peningkatan itu didorong oleh subsektor perdagangan runcit, yang menokok 8.7 peratus atau RM5.1 bilion kepada RM64.0 bilion.
Perdagangan borong juga berkembang sebanyak 4.7 peratus atau RM2.9 bilion kepada RM65.1 bilion, diikuti oleh kenderaan bermotor dengan kenaikan 10.5 peratus atau RM1.8 bilion kepada RM18.8 bilion.
"Bagi perbandingan bulanan, perdagangan borong serta runcit naik 2.0 peratus berbanding bulan sebelumnya, disokong oleh kenderaan bermotor dan perdagangan borong masing-masing sebanyak 8.8 peratus dan 2.0 peratus," tambahnya.
Mohd Uzir berkata indeks jualan runcit melalui Internet berkembang sebanyak 5.2 peratus dari tahun ke tahun menjelang Mei 2024 berbanding 4.3 peratus yang dicatatkan semasa April 2024, manakala bagi nilai pelarasan musim, indeks itu menyusut 4.7 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Dari segi indeks volum, Mohd Uzir berkata perdagangan borong dan runcit bagi Mei 2024 mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 5.7 peratus.
"'Pengembangan ini disumbangkan oleh semua subsektor iaitu kenderaan bermotor (9.6 peratus), perdagangan runcit (6.8 peratus) dan perdagangan borong (3.4 peratus).
"Sebaliknya, bagi indeks volum pelarasan musim, ia jatuh 0.9 peratus bulan ke bulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Mohd Uzir berkata peningkatan itu didorong oleh subsektor perdagangan runcit, yang menokok 8.7 peratus atau RM5.1 bilion kepada RM64.0 bilion. - Foto Astro AWANI

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Jualan borong, runcit merosot -10.2 peratus pada Ogos 2021 - Ketua Perangkawan
Ia adalah pertumbuhan negatif dua digit ketiga berturut-turut selepas penurunan -14.7 peratus pada bulan Julai dan -10.3 peratus pada bulan Jun.