ISKANDAR PUTERI: Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan mata wang tempatan itu.
Penyusutan nilai ringgit dua minggu ini disifatkan banyak dipengaruhi oleh hasil perbincangan mengenai had siling hutang Amerika Syarikat (AS) sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran.
"Setakat ini terlalu awal untuk menetapkan bahawa kejatuhan mata wang ringgit untuk satu dua minggu ini akan ada kesan kepada projection (unjuran pertumbuhan ekonomi).
"Kita perlu menunggu data-data perdagangan dan ekonomi dalam bulan hadapan, dua bulan lagi kerana yang mempengaruhi unjuran pertumbuhan itu bukan sangat melibatkan kadar nilai ringgit tetapi lebih kepada aktiviti perdagangan (seperti) eksport, import, harga minyak dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Rafizi berkata situasi nilai ringgit sekarang turut membawa kebaikan, contohnya kepada pendapatan negara dan juga sektor minyak memandangkan pricing (penetapan harga) adalah dalam nilai dolar Amerika Syarikat.
"The higher the price is and the weaker ringgit is, lebih banyak duit kita dapat tetapi contohnya bagi eksport kita (adalah sebaliknya). Jadi, kita akan terus memantau situasi tapi setakat ini tiada sebarang keperluan (untuk menyemak semula unjuran)," kata Rafizi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susulan penyusutan mata wang tempatan.
Tahun ini, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada kadar empat hingga lima peratus.
Terdahulu, Rafizi menghadiri sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan mata wang tempatan itu. - Fail Bernama
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.
Kerajaan berusaha selesaikan isu penyusutan ringgit - Tun Mahathir
Satu daripada sebab penurunan nilai ringgit adalah pihak yang menurunkan nilai mata wang, kata Perdana Menteri.
Rakyat Malaysia nikmati taraf hidup jauh lebih tinggi daripada sebelumnya
Rakyat Malaysia secara beransur-ansur beralih kepada membeli kenderaan asing berbanding kereta nasional, serta kurang berbelanja ke atas barangan keperluan dapur, sebaliknya lebih gemar makan di luar.
Proton kekalkan harga kereta biarpun ringgit susut - Dr Mahathir
Proton Holdings Bhd hari ini memberi jaminan mengekalkan harga jualan semasa keretanya biarpun berdepan peningkatan kos bahan mentah import akibat penyusutan ringgit.