KUALA LUMPUR: Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang bermula Isnin dilihat berupaya memberi isyarat jelas kepada pelabur dan badan antarabangsa bahawa Malaysia serius terhadap pembaharuan ekonomi serta pengagihan sumber yang lebih cekap, menurut pakar.
Malah Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, Nur Hairani Abd Rahman menyifatkan keputusan kerajaan itu merupakan satu langkah penting yang tidak berani dilakukan mana-mana pemimpin terdahulu memandangkan ia merupakan isu sensitif.
Beliau berkata, hakikatnya tindakan berani itu membuktikan komitmen kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal dan kelestarian ekonomi negara untuk jangka panjang.
"Langkah ini dapat membantu mengurangkan defisit bajet dan mengalihkan dana ke sektor ekonomi yang lebih produktif atau menyokong pembangunan sosial negara dengan menyalurkan dana itu kepada sektor-sektor sosial seperti kebajikan, pendidikan dan kesihatan.
"Bagaimanapun, kerajaan perlu mengurus peralihan ini dengan berhati-hati untuk mengelakkan reaksi balas khususnya negatif atau ketidakpuasan hati daripada orang ramai, kerana harga bahan api secara langsung (akan) mempengaruhi kos sara hidup," katanya kepada Bernama.
Nur Hairani berkata, pemindahan tunai dan pemberian subsidi bersasar menerusi kaedah fleet card kepada populasi yang paling terdedah adalah langkah yang berupaya mengurangkan impak serta kesan tidak langsung atau luar jangka susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Pakar ekonomi, Prof Emeritus Barjoyai Bardai berpandangan, penyasaran subsidi diesel bermula Isnin mungkin satu langkah awal atau projek rintis kerajaan ke arah sesuatu yang lebih besar iaitu rasionalisasi subsidi petrol.
Provos Universiti Sains dan Teknologi Malaysia itu berkata, penyasaran subsidi yang hanya melibatkan diesel selain pengecualian kepada Sabah dan Sarawak membuktikan kerajaan berhati-hati dan tidak gopoh dalam pelaksanaan rasionalisasi subsidi.
"Jadi saya kira ini satu eksperimen, yang hasil atau model pelaksanaannya kerajaan boleh jadikan panduan sekali gus akan punya lebih pengalaman untuk laksanakan penjimatan atau hapus subsidi petrol yang pastinya lebih rumit dengan impak kos lebih tinggi," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan penyasaran subsidi kerajaan berkuat kuasa hari ini sebagai 'pra-matang' Barjoyai berkata, pada hakikatnya perancangan untuk menghapuskan subsidi petroleum itu sudah 'tertangguh' sejak lebih 16 tahun lepas.
"Tak perlu tunggu lagi kononnya bila masa terbaik, kita tidak perlu bersikap idealistik dan menanti sistem serta masa yang terbaik, sebaliknya laksanakan sahaja dahulu dan secara beransur-ansur akan menjadi satu sistem komprehensif serta lengkap," katanya.
Sementara itu, penganalisis ekonomi, Asisten Prof Abu Sofian Yaacob berharap syarikat besar yang mungkin terkesan dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel agar mempunyai sifat lebih bertanggungjawab memainkan peranan membantu kerajaan.
"Maksud saya bantu kerajaan itu ialah jangan naikkan harga, jangan ambil kesempatan.. Syarikat-syarikat ini sudah ada margin keuntungan mereka sendiri, pada saya sekiranya terdapat pun kenaikan kos, mungkin kurang daripada 30 peratus.
"Jadi boleh kiranya pemain industri berkaitan serap dahulu kos kenaikan itu, kerana untung tetap ada cuma marginnya sahaja berkurang sedikit," katanya.
Pada masa sama beliau berharap agar penjelasan yang lebih menyeluruh diberi kepada rakyat berkenaan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel terutama mengenai pihak mana atau siapa yang layak dan tidak lagi layak mendapatkan manfaat berkenaan.
Beliau turut mencadangkan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mewujudkan badan khas bagi menguruskan secara khusus hal-hal serta aduan berkait pencatutan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Pada Ahad, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan bermula Isnin, harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
Beliau berkata, penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.
Amir Hamzah berkata, untuk tempoh seterusnya harga diesel akan diumumkan setiap minggu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan, dan kerajaan akan terus memantau keadaan bagi mengelak ketidakstabilan harga.
Bagaimanapun, penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024
Pakar ekonomi, Barjoyai Bardai berpandangan, penyasaran subsidi diesel bermula Isnin mungkin satu langkah awal atau projek rintis kerajaan ke arah sesuatu yang lebih besar iaitu rasionalisasi subsidi petrol. - Gambar hiasan/BERNAMA
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Penyasaran subsidi diesel: MOF teliti cadangan, rayuan petani Cameron Highlands
Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pengusaha dan pekebun sayur di Cameron Highlands susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan
Siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan.
Subsidi diesel: Guna data pendaftaran kenderaan milik B40, M40 antara cadangan MCW
MCW turut cadang menggunakan MyKad atau ID kebangsaan untuk memastikan pemilik yang layak sahaja dapat membeli diesel bersubsidi.