Pelan penstrukturan semula Malaysia Airlines terus berjalan lancar dan mencatat kemajuan dalam pelbagai perkara, kata pemegang tunggal saham syarikat penerbangan itu, Khazanah Nasional Berhad.
Sejak beroperasi sepenuhnya pada 1 September lepas, entiti baharu Malaysia Airlines Bhd (MAB), sudah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengukuhkan penambahbaikan operasi, menggalakkan penawaran produk serta meningkatkan proses serta prosedur dalamannya.
Inisiatif itu termasuk kejayaan menjalin perkongsian penerbangan global dengan Emirates iaitu syarikat penerbangan Emiriah Arab Bersatu yang diumumkan kelmarin.
"Perkongsian itu membolehkan pelanggan Malaysia Airlines menikmati perkhidmatan sambungan lebih lancar dengan menghubungkan Malaysia kepada lebih 90 destinasi di sekitar Eropah, Asia Barat, Afrika dan Amerika.
"Pada masa sama, perkhidmatan itu akan turut menggalakkan penerbangan ke Malaysia dari lebih banyak destinasi dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Khazanah berkata inisiatif lain MAB termasuk pengenalan tempat duduk premium baharu bagi kelas perniagaan, langkah penjimatan kos secara meluas di peringkat kumpulan serta penubuhan majlis kerja bagi menggalakkan dialog harmoni serta konstruktif antara pihak pengurusan dan kakitangannya.
Dalam perkembangan lain, Khazanah berkata setakat 27 November lepas, seramai 3,046 bekas kakitangan syarikat penerbangan itu sudah mendaftar dengan Pusat Pembangunan Korporat (CDC).
"Ia mewakili kira-kira 74 peratus daripada jumlah pekerja yang meninggalkan Malaysia Airlines," katanya.
CDC yang memulakan operasinya pada 1 Jun lepas, menawarkan perkhidmatan latihan dan penempatan semula secara percuma bagi pekerja yang meninggalkan Malaysia Airlines dan tidak ditawarkan bekerja oleh MAB.
Menurut Khazanah, seramai 1,165 orang yang mendaftar dan tamat mengikuti kemudahan CDC, yang mana 466 orang bekerja semula, 650 orang memilih untuk menjadi usahawan manakala 49 lain memilih untuk bersara awal.
Pada masa ini, seramai 392 yang mendaftar sedang mengikuti program berkenaan manakala 964 lain yang tamat program asas latihan masing-masing, sudah beralih kepada program peningkatan kemahiran.
"Baki 583 orang adalah calon yang mencari peluang pekerjaan dan mengikuti pelbagai kursus teknikal serta bukan teknikal," katanya.
Menurut Khazanah, CDC juga, menerusi kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, turut memberi kemudahan kepada 525 orang bagi mengikuti program Pendidikan Awal di bawah Sijil Kemahiran Malaysia.
Daripada jumlah itu, seramai 301 orang masih mengikuti program, 118 orang telah tamat kursus dan 106 lain membuat persiapan bagi mengikuti Diploma Kemahiran Malaysia.
Bernama
Sat Dec 05 2015

Gambar fail menunjukkan pesawat penerbangan MAB yang menggantikan MAS beroperasi seperti biasa pada hari pertama operasi syarikat baharu itu ketika di KLIA, Sepang pada 1 Sept lalu. - fotoBERNAMA
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Emirates umum bonus 6 bulan kepada kakitangan - Laporan
Pengerusi Kumpulan Emirates nasihat kakitangannya agar bijak menguruskan bonus berkenaan mengikut kehendak mereka.

Pesawat A380 Emirates kembali beroperasi untuk laluan KL-Dubai mulai Disember
Emirates Airline (Emirates) yang berpangkalan di Dubai akan meyambung semula operasi pesawat A380 untuk laluan Kuala Lumpur-Dubai mulai 1 Disember, 2022 untuk memenuhi peningkatan permintaan.

Emirates Airlines umum kerugian AS$5.5 bilion
Syarikat penerbangan Emirates Airlines mengumumkan kerugian bersih AS$5.5 bilion sepanjang tahun 2020.

Emirates sambung semula penerbangan dari Kuala Lumpur
Emirates akan menyambung semula penerbangannya untuk penumpang dari Kuala Lumpur, sejajar dengan pengumuman terkini oleh Kerajaan Persekutuan UAE.

Emirates jalankan ujian darah terhadap penumpang sebelum naiki pesawat
Emirates mendakwa mereka merupakan syarikat penerbangan pertama di dunia yang melakukan ujian sedemikian.

Konflik Pakistan-India: Thai Airways, penerbangan lain batal laluan ke Eropah
Antara bandar yang terjejas termasuk London, Munich, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen, Oslo, Frankfurt dan Rom.

Henrikh Mkhitaryan cedera, rehat enam minggu
Pemain kebangsaan Armenia itu telah digantikan pada rehat separuh masa ketika Arsenal tewas 2-0 dalam saingan suku akhir Piala Liga kepada Tottenham Hotspur di Emirates, 19 Dis lalu.

Aubameyang pamer aksi cemerlang bantu Arsenal
Pelawat dari Ukraine itu tampak sebuah pasukan yang liat untuk dijinakkan tetapi segalanya berubah selepas Aubameyang menyumbat gol pertama pada minit ke-32.

Penerbangan Emirates: 10 penumpang, krew dimasukkan ke hospital
Eric Phillips berkata sembilan lagi penumpang yang mengalami gejala sama iaitu batuk, sakit kepala, sakit tekak dan demam enggan mendapatkan rawatan kesihatan.