MENGENAL pasti potensi berkembang strim langsung, Kerepek Azharfood, penjual kerepek tradisional, mula guna Shopee Live pada Oktober 2023 dan kian membina hubungan kukuh dengan penonton.
Penggunaan berinovatif mereka terhadap Shopee Live untuk berhubung dengan penonton dan dedikasi mereka dalam menggunakan bahan berkualiti tinggi pacu kejayaan dalam talian mereka yang membawa peningkatan jualan 80 peratus dalam masa enam bulan.
Hari ini, Kerepek Azharfood terus berkembang maju dalam talian, memiliki lebih 100,000 pengikut setia di Shopee hasil kejayaan mereka mengadaptasi dunia digital.
Kerepek Azharfood menakrif semula penglibatan dengan kandungan Shopee Live yang menarik perhatian
Kerepek Azharfood nampak kekangan terhadap kedai fizikal dan secara aktif bertukar kepada strim langsung.
Perubahan strategi ini membolehkan mereka mengembangkan kecapaian dan berhubung dengan penonton secara lebih meluas melalui penciptaan kandungan dalam talian yang lebih menarik perhatian ramai.
Mohamad Syahme Bin Azhar, Pengurus Pemasaran Kerepek Azharfood menjelaskan, "Dengan strim langsung, kami menggunakannya sebagai alatan berkuasa untuk menjana penglibatan pelanggan. Kami bawa penonton menyaksikan apa yang berlaku di belakang tabir operasi kami di mana kami menunjukkan bagaimana setiap produk kami diproses dengan penuh teliti dari pembuatan kerepek ke pembungkusan.”
Ketelusan Kerepek Azhafood ini mengukuhkan keyakinan pelanggan dengan dedikasi jenama ini terhadap kualiti.
Kerepek Azharfood menakrif semula penglibatan dalam talian dengan mengutamakan strim langsung yang sentiasa berlangsung dan tanpa gangguan.
Pasukan Kerepek Azharfood tidak pernah berhenti berstrim langsung sejak hari pertama mereka menggunakan Shopee Live.
Ada sesi yang dipanjangkan sehingga lapan jam yang memupuk hubungan rapat dengan komuniti mereka.
Ketika strim langsung Ramadan pada bulan Mac 2024 baru-baru ini, mereka berjaya menarik perhatian 43,000 penonton, satu rekod baharu, yang meningkatkan jualan mereka melebihi 600 pesanan dalam satu sesi Shopee Live, iaitu peningkatan enam kali ganda berbanding strim langsung yang dijalankan ketika bukan musim kemuncak.
Bina komuniti setia melalui kualiti dan fokus terhadap pelanggan
Komitmen Kerepek Azharfood terhadap kualiti membawa impak positif terhadap pembinaan komuniti pelanggan yang setia dalam talian.
Mereka mengutamakan maklum balas pelanggan melalui penambahbaikan resipi dan ujian rasa dengan menghantar sampel makanan kepada pelanggan yang memintanya.
Cara pembungkusan berinovatif mereka memastikan kerepek yang mudah rapuh sentiasa segar dan selamat ketika penghantaran, dan dijamin dengan penawaran polisi pengembalian wang sepenuhnya jika kerepek rosak ketika penghantaran.
Mengenal pasti keperluan pelanggan yang berpelbagai, Kerepek Azharfood menawarkan pelbagai jenis saiz kerepek, dari pek hidangan tunggal ke pilihan yang sesuai dimakan beramai-ramai.
Keropok Tortilla Nachos 1KG, merupakan produk terlaris mereka sejak 2018 di mana 43,800 paket telah terjual dan memiliki rating produk 4.9-star bintang dari 19,600 pelanggan.
Produk terlaris mereka yang lain adalah Kacang Gajus yang terjual dalam anggaran 1,900 paket setiap bulan sejak pelancaran, dengan sejumlah 9,100 pelanggan yang berpuas hati.
Dedikasi Kerepek Azharfood terhadap kualiti dan interaksi jujur dengan pelanggan menjana kesan pemasaran mulut ke mulut dari pelanggan yang berpuas hati terhadap produk dan khidmat mereka.
Syahme berkata, "Kami percaya dengan penggunaan bahan terbaik dan mengekalkan keaslian resipi tradisional. Tetapi hubungan yang kami bina dengan pelanggan kami yang membezakan kami dengan penjual lain.
"Kami amat menghargai setiap maklum balas dan review yang dikongsi. Dengan komuniti yang dibina, kami berjaya mencapai 27,000 rating positif terhadap produk kerepek kami!”
"Pujian organik yang diterima dari pelanggan kami ini memainkan peranan penting dalam membina pengikut setia Kerepek Azharfood".
Kisah kejayaan Kerepek Azharfood menunjukkan bagaimana perniagaan tradisional boleh berjaya dalam dunia digital dengan berpandangan jauh, fokus terhadap pelanggan, dan kesediaan untuk beradaptasi.
Pesanan Syahme kepada penjual lain, “Jangan tunggu sehingga ada masa yang ideal untuk memulakan Shopee Live. Shopee sentiasa ada untuk menyokong anda dalam setiap langkah.”
Tambahannya lagi, “Platform Shopee yang mesra pelanggan membuatkan penstriman langsung menjadi mudah - dengan hanya penyenaraian satu produk, anda boleh berstrim langsung di aplikasi ini. Tiada alatan rumit diperlukan!”
Syahme secara lanjutnya mengenengahkan bahawa menjangkaui penggunaannya yang mudah, Shopee Live menawarkan rangkaian ciri yang berinteraktif untuk mengekalkan penglibatan penonton termasuk ciri undian, cabutan bertuah, dan baucar dan Shopee Coins eksklusif untuk sesi Live.
Elemen-elemen ini dan digabungkan dengan komen yang diterima secara langsung dan peringatan strim langsung, memastikan pengalaman membeli-belah dinamik dan berinteraktif menyeluruh kepada penjual dan penonton. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Apr 23 2024
Kejayaan Kerepek Azaharfood menunjukkan kuasa penglibatan secara langsung dan pembinaan komuniti. - Dagang News
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
Penjual Kerepek capai 80 peratus peningkatan jualan dengan Shopee Live
Kerepek Azharfood terus berkembang maju dalam talian, memiliki lebih 100,000 pengikut setia di Shopee hasil kejayaan mereka mengadaptasi dunia digital.