Laporan yang mendakwa kononnya peniaga kecil mengalami kesukaran melakukan pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dengan alasan kurang mahir menggunakan komputer dan tempoh pendaftaran yang singkat, dilihat sebagai tidak munasabah.
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia mahu peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menggunakan segala sumber yang ada dan bukannya memberikan pelbagai alasan bagi mengelak daripada mendaftar CBP.
Alasan sedemikian tidak wajar diberikan lagi selepas proses pendaftaran itu boleh dibuat melalui dalam talian di laman khas gst.customs.gov.my atau menghantarnya sendiri di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), selain tempoh pendaftaran wajib telah diberikan sehingga 31 Dis lepas.
Presiden Ikhlas, Mohamad Ridzuan Abdullah berkata peniaga PKS yang perlu mendaftar CBP merupakan mereka yang mempunyai perniagaan dengan pulangan jualan tahunan lebih daripada RM500,000 dan dengan jumlah perolehan sebanyak itu boleh dikataan sebagai sebuah perniagaan yang berjaya.
"Syarikat yang mempunyai perolehan melebihi RM500,000 mustahil tidak mempunyai kakitangan yang mahir dalam teknologi terkini. Kalau mereka boleh menguruskan akaun dan perbelanjaan mereka sebelum ini, tak kan beri alasan tidak mahir guna perisian komputer untuk CBP," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan akhbar berbahasa Inggeris semalam, berhubung aduan peniaga PKS mengenai kesukaran menggunakan komputer dalam mendaftar CBP.
Mengulas lanjut perkara itu, Mohamad Ridzuan berkata JKDM juga telah menggerakkan pegawai mereka di seluruh negara bagi memberi penerangan dan membantu peniaga mendaftar.
Justeru alasan beberapa peniaga tidak celik komputer dan berdepan kesukaran membuat pendaftaran CBP sesuatu yang tidak boleh diterima terutama di era pembangunan teknologi hari ini.
"Kami faham sesetengah peniaga tidak tahu kendali komputer tetapi mereka juga perlu akur dengan perubahan semasa. Cuba ikhtiar dengan minta bantuan kastam kerana mereka sendiri sudah kerahkan pegawai untuk bantu peniaga yang tidak faham mengenai CBP," katanya.
Mohamad Ridzuan juga berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana peniaga PKS berhubung kesukaran mendaftar atas talian.
Berkongsi pandangan yang sama, Presiden Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir berkata tempoh pendaftaran yang telah diberikan sehingga 31 Dis lepas sudah cukup memadai.
Jelasnya dengan pelbagai hebahan di media serta inisiatif JKDM melaksanakan program kesedaran dan pengenalan mengenai perlaksanaan CBP di seluruh negara, seharusnya peniaga sudah mula memahaminya.
"Setiap hari kita lihat dan dengar iklan pendaftaran CBP di media. Kastam juga sebelum ini telah menjelajah seluruh negara, mengadakan sesi penerangan bagi peniaga-peniaga ini. Mungkin takut kena denda mereka beri alasan ini," katanya.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berkata kira-kira 50,000 syarikat belum berdaftar dengan CBP berdasarkan maklumat pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pendaftaran cukai CBP bermula sejak Jun 2014 telah tamat pada akhir tahun lepas dan pelaksanaanya akan bermula 1 April ini.
CBP akan dilaksanakan pada kadar tetap enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang ada sekarang.
Bernama
Tue Jan 27 2015

Beberapa peniaga tidak celik komputer dan berdepan kesukaran membuat pendaftaran CBP sesuatu yang tidak boleh diterima terutama di era pembangunan teknologi hari ini. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.

CBP agih dividen tertinggi berjumlah RM60.91 juta
CBP mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.

Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.

Kibar kain rentang 10 meter di dasar laut, CBP catat nama dalam MBOR
CO-OPBANK Pertama (CBP) berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kibaran kain rentang sepanjang 10 meter di dasar laut.

CBP agih wakalah zakat lebih RM500,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah lebih RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang mensasarkan golongan asnaf berkelayakan.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Kempen Hello CBP tawar hadiah keseluruhan lebih RM1 juta
Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih dari RM1 juta menerusi Kempen Hello CBP yang bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

CBP, PR1MA jalin kerjasama bantu pemilikan kediaman menerusi CBP MyPR1MA
Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.

CBP buka semula tawaran syer kepada orang ramai mulai 1 Jan 2023
Langkah itu diyakini dapat membantu meningkatkan bilangan anggota serta modal syer anggota CBP untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

CBP agih wakalah zakat hampir RM370,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah RM367,168 kepada 16 buah masjid dan 400 penerima individu di seluruh negara.