Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mendapati peniaga-peniaga di negeri ini menjual barangan terkawal di bawah harga yang ditetapkan sempena musim perayaan Deepavali.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Abdul Halim Hussain berkata tinjauan yang dijalankan di Pasar Taman Tun Sardon, Gelugor di sini mendapati ada peniaga menjual barangan mengikut harga kawalan maksimum dan ada yang di bawah harga kawalan.
"Kita galakkan peniaga untuk menjual barangan di bawah harga kawalan maksimum yang kita tetapkan. Kalau mereka boleh letakkan harga yang lebih rendah daripada harga kawalan yang itu kita alu-alukan.
"KPDNHEP berharap semua peniaga mematuhi skim kawalan harga yang kita tetapkan. Kesalahan tidak meletakkan harga dan tidak menjual pada harga skim kawalan itu sudah tentunya kita ada denda," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'walkabout' Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali peringkat negeri di Pasar Taman Tun Sardon, di sini hari ini.
Sebanyak 16 jenis barangan disenaraikan di bawah skim itu bersempena sambutan Deepavali yang bermula hari ini hingga 9 Nov seperti ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan dan import bertulang, daging biri-biri import bertulang, telur ayam, tomato, kelapa biji dan parut, bawang besar, ubi kentang dan kacang dal.
Abdul Halim berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung peniaga yang tidak mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh KPDNHEP.
"Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini pengguna boleh menyalurkan aduan kepada kementerian melalui talian 03-80008000 My Government Call Centre, e-mel ke alamat e-aduan@kpdnhep.gov.my atau SMS ke 15888 dengan menaip 'KPDNHEP ADUAN ," katanya.
Beliau berkata KPDNHEP turut mewujudkan Skuad Tindakan Aduan Rakyat dalam usaha untuk menangani aduan rakyat dengan lebih berkesan selain memperkukuhkan pemantauan harga dengan mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak.
"Walaupun tiada lawatan atau pemeriksaan rasmi dibuat, kita ada pegawai terpilih untuk membuat pemantauan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati.
"Ini kerana kita bimbang peniaga hanya mematuhi peraturan ketika waktu pemeriksaan sahaja dan di waktu lain mereka mengubah semula harga," katanya.
Bernama
Sat Nov 03 2018
Exco Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawan Pulau Pinang Datuk Abdul Halim Hussain (tengah) ketika tinjauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018, Pasar Awam Taman Tun Sardon. - fotoBERNAMA
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Amerika Syarikat, masa depan Malaysia
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai kesan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kepada agenda pembangunan dunia dan Malaysia secara menyeluruh.
Pavilion Malaysia dilancar cerminan pembangunan lestari, kepelbagaian
Pavilion yang diberi nama Rumah Malaysia itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Kaherah, Mesir.
Pekerja Boeing tandatangani persetujuaan
Selepas piket selama tujuh minggu, Kesatuan Pekerja Boeing akhirnya menandatangani persetujuan dengan syarikat pengeluar pesawat itu.
Penswastaan MAHB dianggap positif, bakal tingkatkan prestasi
Keputusan itu satu langkah positif ke arah meningkatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang negara.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah
Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Pelabur asing jual RM1.77 bilion ekuiti tempatan Oktober 2024
Firma penyelidikan Maybank Innvestment Bank, perubahan itu didorong ketidaktentuan susulan serangan iran ke atas Israel, serta pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November.
Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Situasi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada melancong ke kawasan tersebut.
Peniaga jual barangan terkawal di bawah harga maksimum
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang mendapati peniaga-peniaga di negeri ini menjual barangan terkawal di bawah harga yang ditetapkan sempena musim perayaan.
Kerajaan negeri beri bantuan peniaga Uptown terjejas akibat ribut
Datuk Abdul Halim Hussain berkata, pihaknya akan meneliti tahap kerosakan dan jumlah kerugian yang dialami sebelum menyalurkan bantuan.