Gelombang baharu aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) dalam perbankan Islam adalah munasabah, walaupun masa merupakan risiko utama, kata AllianceDBS Research
Institusi kewangan yang berpotensi melalui M&A termasuk Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan Bank Muamalat Malaysia Bhd (Muamalat), katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
AllianceDBS berkata MBSB menarik disebabkan perniagaan pembiayaan peribadi yang besar serta aset perbankan Islam yang lumayan, manakala potensi Muamalat, yang tidak disenaraikan, bersandarkan pemilik saham terbesarnya DRB-Hicom Bhd yang berhasrat mengurangkan pegangannya.
Secara tidak langsung, Alliance berkata Bursa juga merupakan proksi kepada pertumbuhan dalam perbankan Islam dengan transaksi dalam platform dagangan komoditi, Bursa Suq al-Sila (BSAS), dijangkakan meningkat selari pertumbuhan dalam pembiayaan Islam.
Firma penyelidikan itu berkata peningkatkan dalam pembiayaan Islam domestik dijangkakan terus mengatasi pertumbuhan pinjaman konvensional, dipacu oleh dorongan pengawalseliaan untuk mengantarabangsakan kewangan Islam.
"Kami menjangkakan pertumbuhan dalam pembiayaan Islam domestik akan terus mengatasi pertumbuhan pinjaman konvensional dengan kadar kompaun tahunan empat tahun sebanyak 12 peratus dalam tahun kewangan 2015 hingga 2020, berbanding dua peratus dalam pinjaman konvensional," kata AllianceDBS.
Ini katanya, sebahagian besarnya disokong oleh dorongan yang semakin meningkat oleh bank bagi memenuhi sasaran nisbah Bank Negara Malaysia sebanyak 40 peratus pembiayaan Islam kepada jumlah pinjaman dalam sistem.
AllianceDBS berkata ada harapan pertumbuhan akan terus meningkat, disokong oleh peningkatan dalam keterangkuman kewangan bagi industri menerusi inovasi produk.
"Inovasi produk akan menjadi pengubah strategi.
"Berdasarkan pengetahuan dan kepakaran yang diperoleh melalui inisiatif perintis dan penawaran penyelesaian dalam industri perbankan Islam, Malaysia tidak ragu-ragu lagi sudah bersedia untuk menjadi hab global bagi kewangan Islam," katanya.
Firma penyelidikan itu menamakan proksi utama perbankan Islam - BIMB Holdings Bhd (BIMB) - sebagai institusi kewangan patuh Syariah terbesar tersenarai di Bursa, dengan potensi besar untuk menerajui inovasi produk.
"Kami memilih BIMB (syarikat induk Bank Islam) atas kepakaran mendalam dalam industri, yang kami yakini membentuk kelebihan daya saing yang kuat kerana ia meletakkan mereka sebagai pemimpin dalam inovasi produk.
"Maybank Islamic melengkapkan senario perbankan Islam dengan saiz dan kehadiran serantaunya yang akan memberikan kelebihan untuk bersaing di peringkat global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2017
Institusi kewangan yang berpotensi melalui M&A termasuk Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan Bank Muamalat Malaysia Bhd (Muamalat). - Gambar hiasan
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Pertumbuhan negara dijangka lemah kesan COVID-19
Malaysia bukan sahaja berdepan dengan penularan COVID-19 tetapi juga perubahan politik.
Penggabungan, pengambilalihan perbankan Islam munasabah - AllianceDBS
Gelombang baharu aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) dalam perbankan Islam adalah munasabah, kata AllianceDBS Research.