Honda (M) Sdn Bhd mengumumkan bahawa alat pengepam beg udara Takata di bahagian pemandu depan kini 100 peratus tersedia.
"Pemilik kereta Honda yang termasuk dalam senarai panggilan semua, boleh membuat janji temu dengan pengedar sah Honda pilihan, Hab Perkhidmatan Berpusat atau Hab Mudah Alih masing-masing bagi menggantikan pengepam beg udara yang terjejas," kata Honda dalam satu kenyataan hari ini.
Sehingga 17 Ogos 2016, Honda Malaysia telah menyelesaikan 45 penggantian pengepam beg udara Takata atau kira-kira 175,000 unit pengepam beg udara bagi kereta yang terlibat.
"Sejak tiga minggu lepas, Honda Malaysia berjaya menggantikan lebih daripada 31,800 unit pengepam beg udara di pengedar sah, Hab Perkhidmatan Berpusat dan Hab Mudah Alih.
"Kami menggesa pelanggan yang terlibat supaya menukar bahagian yang terjejas bagi meningkatkan tahap penggantian sebanyak mungkin," katanya.
Mengenai pengepam beg udara Takata di bahagian penumpang hadapan, Honda Malaysia berkata mereka menghadapi kekurangan dan tidak dapat menjamin 100 peratus stok kerana kekurangan bahagian berkenaan juga berlaku di peringkat global.
"Pelanggan kenderaan Honda yang terjejas boleh menggantikan kedua-dua pengepam beg udara Takata bagi bahagian pemandu dan penumpang hadapan (berdasarkan ketersediaan bahagian) dengan membuat janji temu dengan pengedar sah Honda," katanya.
Pelanggan Honda diminta menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 untuk membuat janji temu dengan mana-mana Hab Perkhidmatan Berpusat di Georgetown, Petaling Jaya dan Johor Bahru.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my
Beg udara, yang dibuat oleh pembekal alat automotif utama Takata Corporation, kebanyakannya dipasang pada kereta dari model tahun 2002 sehingga 2013.
Bernama
Fri Aug 19 2016

Pemilik kereta Honda yang termasuk dalam senarai panggilan semua, boleh membuat janji temu dengan pengedar sah Honda pilihan, Hab Perkhidmatan Berpusat atau Hab Mudah Alih masing-masing. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Pengepam beg udara Takata bahagian pemandu depan kini tersedia - Honda
Pemilik kereta Honda yang termasuk dalam senarai panggilan semua, boleh membuat janji temu dengan pengedar sah Honda pilihan, Hab Perkhidmatan Berpusat atau Hab Mudah Alih masing-masing.