KUALA LUMPUR: Pengeluaran minyak mentah dan kondensat menyusut 3.3 peratus pada suku kedua 2023, manakala gas asli berkurangan senbanyak 3.7 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata keluaran pertama Statistik Perlombongan dan Gas Asli suku kedua 2023 membentangkan statistik sejak 2015 serta statistik tahunan dan suku tahunan yang mencakupi pelbagai aspek termasuk pengeluaran, jualan, harga, eksport dan import minyak mentah dan kondensat, dan gas asli.
"Selain itu, ia juga mengandungi indikator makroekonomi seperti Keluaran Dalam Negeri Kasar, Indeks Pengeluaran Perindustrian, Indeks Harga Pengeluar serta statistik guna tenaga dan produktiviti buruh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Uzir berkata sejak 2015 hingga 2022, pengeluaran tahunan minyak mentah dan kondensat mencapai nilai tertinggi pada 2016 sebanyak 250.1 juta tong, namun, pengeluaran mula merosot selepas bermulanya pandemik COVID-19 dan seterusnya mencapai 189.1 juta tong pada 2022.
Pada tempoh yang sama, purata pengeluaran gas asli sebanyak 2,716.6 bilion kaki padu dengan pengeluaran terendah yang direkodkan sebanyak 2,525.0 bilion kaki padu pada 2020, manakala yang tertinggi adalah 2,862.9 bilion kaki padu pada 2022.
Pengeluaran gas asli berjumlah 676.6 bilion kaki padu pada suku kedua 2023, menyusut sebanyak 3.7 peratus selepas sembilan bulan mencatatkan trend peningkatan (suku pertama 2023: 733.3 bilion kaki padu, 0.6 peratus).
"Bagi perbandingan dengan suku sebelumnya, pengeluaran minyak mentah dan kondensat serta gas asli masing-masing mengalami penurunan sebanyak 5.6 peratus dan 7.7 peratus," katanya.
Beliau berkata harga minyak mentah dan kondensat telah menunjukkan trend penurunan pada suku keempat 2022 selepas merekodkan US$116.5 setong pada suku kedua 2022.
Dari segi prestasi perdagangan luar negara, Mohd Uzir berkata nilai eksport petroleum mentah dan kondensat berkurangan kepada RM6.5 bilion pada suku kedua 2023 (suku pertama 2023: RM8.3 bilion) dengan Jepun adalah negara destinasi eksport utama dengan nilai RM1.7 bilion (25.6 peratus), diikuti Thailand (23.3 peratus) dan Australia (17.2 peratus).
Sementara itu, nilai eksport bagi keluaran petroleum bertapis meningkat kepada RM35.3 bilion (suku pertama 2023: RM33.9 bilion), dengan sejumlah RM7.4 bilion atau 21.0 peratus dieksport ke Australia, diikuti dengan Singapura (19.9 peratus) dan Indonesia (14.4 peratus).
Gas asli cecair (LNG) pula merekodkan nilai eksport yang lebih rendah sebanyak RM12.8 bilion pada suku kedua 2023 (suku pertama 2023: RM17.8 bilion) dengan 43.1 peratus atau RM5.5 bilion dieksport ke Jepun, diikuti China (27.7 peratus) dan Korea Selatan (18.2 peratus).
Nilai import bagi petroleum mentah dan kondensat berkembang kepada RM16.8 bilion (suku pertama 2023: RM14.2 bilion) dengan 56.5 peratus atau RM9.5 bilion dari Saudi Arabia, manakala Emiriah Arab Bersatu berada di tangga kedua dengan sumbangan 13.5 peratus, diikuti oleh Colombia (4.3 peratus).
Import keluaran petroleum bertapis juga meningkat kepada RM33.3 bilion pada suku kedua 2023 (suku pertama 2023: RM31.0 bilion) dengan Singapura menyumbang nilai tertinggi sebanyak RM10.4 bilion (31.1 peratus), diikuti Korea (11.6 peratus) dan China (11.2 peratus).
LNG merekodkan nilai import sebanyak RM1.1 bilion pada suku kedua 2023 (suku pertama 2023: RM1.9 bilion) dengan nilai import Australia berjumlah RM0.9 bilion atau 80.1 peratus dan Brunei sebanyak 19.9 peratus, kata DOSM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
![Pengeluaran minyak mentah, gas asli susut 3.3 peratus, 3.7 peratus pada suku kedua 2023 Pengeluaran minyak mentah, gas asli susut 3.3 peratus, 3.7 peratus pada suku kedua 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670576831_TBbnm.jpg)
Mohd Uzir berkata sejak 2015 hingga 2022, pengeluaran tahunan minyak mentah dan kondensat mencapai nilai tertinggi pada 2016 sebanyak 250.1 juta tong, namun, pengeluaran mula merosot selepas bermulanya pandemik COVID-19. - Gambar fail/Astro AWANI
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Pengeluaran minyak mentah, gas asli susut 3.3 peratus, 3.7 peratus pada suku kedua 2023 Pengeluaran minyak mentah, gas asli susut 3.3 peratus, 3.7 peratus pada suku kedua 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670576831_TBbnm.jpg)
Pengeluaran minyak mentah, gas asli susut 3.3 peratus, 3.7 peratus pada suku kedua 2023
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat menyusut 3.3 peratus pada suku kedua 2023, manakala gas asli berkurangan senbanyak 3.7 peratus.
![Saudi mahu tingkat pengeluaran minyak sehingga 13 juta tong sehari Saudi mahu tingkat pengeluaran minyak sehingga 13 juta tong sehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658032096_BidenUSMideast.jpg)
Saudi mahu tingkat pengeluaran minyak sehingga 13 juta tong sehari
Beliau berkata, Arab Saudi ketika ini mengeluarkan kira-kira 11 juta tong sehari.