Pengeluar dan pengilang tepung dan gula memberi jaminan kepada kerajaan tidak akan menaikkan harga bahan makanan itu berikutan pengurangan subsidi petrol baru-baru ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata pengeluar dan pengilang turut berjanji bahawa bekalan tepung dan gula mencukupi bagi menampung keperluan orang ramai.
Keputusan itu dibuat pada rundingan antara kedua-dua pihak dengan pihak kementerian minggu lepas, katanya kepada pemberita selepas melawat pasar raya besar Tesco Extra Bandar Bukit Puchong, Puchong di sini Jumaat.
"Jadi, saya nasihatkan supaya orang ramai jangan dengar khabar angin di blog atau laman sosial bahawa harga tepung dan gula akan naik," katanya.
Beliau berkata langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengurangkan subsidi bahan bakar yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 3 Sept lepas bermatlamat untuk mengukuhkan ekonomi negara.
Mengenai pasaraya Tesco, Hasan berkata langkah pasar raya itu menurunkan harga beberapa produk makanannya bagi mengurangkan beban pengguna patut dicontohi dan diikuti oleh pasar raya yang lain.
Tesco menurunkan harga 18 produk makanan segar termasuk daging import, ayam, timun, nanas dan pisang dengan diskaun sebanyak 37 peratus bermula hari ini hingga 1 Dis di 47 pasar raya besarnya di seluruh negara.
Bernama
Fri Sep 20 2013

10 Berita Pilihan - (23 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 24 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JPJ keluar notis larangan operasi ke atas 11 bas
Hasil operasi, lebih 500 bas diperiksa di depoh terbabit terlibat dan slip pemeriksaan dikeluarkan bagi kenderaan yang mematuhi standard di samping aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.
Op Selamat 24 bermula 29Mac, hampir 7,000 warga JSPT terlibat
Beliau berkata 25 lokasi ‘hotspot’ atau kerap berlaku kemalangan serta 46 lokasi ‘blackspot' yang kerap berlaku kemalangan maut di lebuh raya utama di seluruh negara dikenal pasti.
800 lokasi jalan berlubang di Johor dibaiki dalam tempoh dua hari
Kerja membaiki jalan berlubang di 800 lokasi di lima daerah terjejas banjir di Johor, iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula hari ini.

Mahmoud Abbas tuduh Israel guna air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa
Pelanggaran oleh Israel bukan sahaja melibatkan serangan langsung, tetapi juga tindakan menghentikan perkhidmatan asas secara sengaja.
Dakwaan salah laku: IPD Serdang jalankan siasatan dalaman
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan berkata, ini bagi memastikan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan ketika mengadakan sekatan jalan raya.
Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes ugutan di Facebook
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menghantar mesej berbentuk ugutan kepada seorang individu menerusi pesanan di Facebook, pada Sabtu.
Cubaan seludup syabu lebih RM700,000 gagal, lima ditahan
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata kesemua suspek ditahan berhampiran Pantai Teluk Bayu, dekat Sungai Batu, ketika cuba melarikan diri.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Mac 2025.

Harga gula naik 34 sen kepada RM2.84 bermula hari ini
Datuk Hasan Malek berkata harga gula akan dinaikkan 34 sen ekoran potongan subsidi gula yang diumumkan dalam Bajet 2014.

Hasan: Harga tepung dan gula tidak akan naik walaupun harga minyak sudah naik
Harga tepung dan gula tidak akan naik di sebalik pengurangan subsidi petrol RON 95 dan diesel.
Kerajaan wujud skim takaful pekebun kecil
Bagi menjamin masa depan pekebun kecil, kerajaan meluluskan satu Skim Takaful Pekebun Kecil Berkelompok Risda (STPBR) bagi mereka yang masih menerima bantuan tanaman semula Risda