SUBANG JAYA: Pengeluar kereta China, Beijing Automotive Group (BAIC) melancarkan dua model kereta penumpang pertamanya untuk pasaran Malaysia iaitu X55 dan BJ40 Plus.
Majlis pelancaran semalam dirasmikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof.
BAIC Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena majlis pelancaran tersebut berkata syarikat itu menyasar untuk membuka 10 cawangan pengedar di seluruh negara tahun ini dengan yang pertama dikendalikan oleh Edaran Otomobil Elektrik (M) Sdn Bhd.
BAIC yang merupakan salah satu pengeluar kereta terkemuka di China dengan jualan kenderaan terkumpul sebanyak 36 juta unit bersedia untuk mengembangkan pasarannya di Malaysia.
"Sebagai sebahagian daripada inisiatif strategik di Asia Tenggara, BAIC merancang untuk mewujudkan rangkaian jualan dan perkhidmatan yang komprehensif di seluruh negara," katanya.
Terdahulu, naib pengurus besar Beijing Automotive Group Co Ltd dan BAIC Motor Corporation Ltd Chen Wei menerusi ucapannya pada majlis pelancaran tersebut berkata Asia Tenggara, khususnya Malaysia, memiliki pasaran automotif yang berkembang pesat dengan permintaan terhadap kenderaan pintar yang berkualiti semakin meningkat.
Beliau berkata dengan sistem pengeluaran automotif Malaysia yang matang dan minat pengguna yang semakin meningkat, BAIC secara strategik merintis sempadan baharu.
"BAIC komited untuk mengembangkan kehadiran kami dan mewujudkan rangkaian jualan dan perkhidmatan yang mantap untuk menawarkan pilihan yang pelbagai dan berkualiti tinggi kepada pengguna Malaysia," katanya.
Harga X55 bermula dalam lingkungan RM120,000 manakala BJ40 Plus sekitar RM180,000 dan kedua-dua model itu akan dipamerkan di BAIC Showroom, Wisma Consplant 2, mulai 17 hingga 19 Mei 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
![Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715901585_BAICMalaysia.jpg)
Harga X55 bermula dalam lingkungan RM120,000 manakala BJ40 Plus sekitar RM180,000 dan kedua-dua model itu akan dipamerkan di BAIC Showroom, Wisma Consplant 2, mulai 17 hingga 19 Mei 2024. - Foto BAIC
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715901585_BAICMalaysia.jpg)
Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia
BAIC sasar buka 10 cawangan pengedar di seluruh negara tahun ini dengan yang pertama dikendalikan oleh Edaran Otomobil Elektrik (M) Sdn Bhd.