Pengeksport makanan Malaysia ke Amerika Syarikat berkemungkinan besar perlu menjalani proses pengauditan di peringkat kilang serta prosedur simpanan rekod masing-masing selaras penguatkuasaan peraturan Program Pengesahan Pembekal Asing (FSVP) oleh Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA), bermula Mei 2017.
Dalam satu kenyataan hari ini, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata langkah itu sebahagian daripada Akta Keselamatan dan Pemodenan Makanan 2011 yang bertujuan memastikan pembekal asing mematuhi aspek keselamatan dan pengimportan makanan.
Ia mewajibkan pengimport tidak berkecuali mewujudkan prosedur bertulis bagi tujuan penilaian bahaya dan risiko membabitkan setiap pembekal asing serta makanan import berkenaan.
Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros mengingatkan kalangan pengeksport makanan Malaysia ke AS serta yang berhasrat memasuki pasaran itu, agar melaksanakan langkah sewajarnya untuk mematuhi semua syarat keselamatan yang ditetapkan.
"Menerusi cara ini, ia tidak hanya memberi kelebihan kepada mereka tetapi turut mencerminkan kewibawaan pengeksport Malaysia untuk memenuhi piawaian antarabangsa," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Shahreen juga menyifatkan prospek bagi makanan diproses di pasaran AS kekal luas sejajar permintaan penggunanya yang mahukan makanan yang pelbagai, berkualiti serta mudah diperolehi.
Peraturan FSVP itu juga bertujuan membolehkan para pengimport makanan yang berpengkalan di AS menjadi lebih bertanggungjawab dalam memastikan produk import mereka dihasilkan mengikut kaedah serta konsisten dengan piawaian keselamatan makanan AS.
Lebih khusus lagi, para pengimport perlu bertanggungjawab menentukan atau boleh menjangkakan risiko setiap makanan, baik secara fizikal atau kimia termasuk aspek radiologikal dan mikrob.
"Pengimport perlu (mampu) menilai risiko dalam setiap makanan berdasarkan analisis bahaya dan prestasi pembekal asing.
"Berdasarkan maklumat ini, pengimport perlu meluluskan pembekal dan mewujudkan aktiviti pengesahan pembekalan (SVA) yang sewajarnya," kata MATRADE.
Pengimport juga bertanggungjawab penuh menjalankan SVA dan melaksanakan langkah pembetulan bagi sebarang tindakan bertentangan dan prosedur berkaitan perlu didokumen serta dipatuhi oleh pengimport.
Menurut MATRADE, pengeksport Malaysia perlu maklum bahawa program FSVP itu adalah khusus untuk setiap makanan serta pembekal dan pengimport terbabit akan menentukan SVA mana yang wajar mengikut penilaian risikonya.
"Salah satu aktiviti iaitu pengauditan tahunan kemudahan disediakan pembekal, secara amnya diperlukan apabila timbul kewajaran bahawa pendedahan (makanan) kepada bahaya itu boleh memberi kesan kesihatan serius atau menyebabkan kematian manusia mahupun binatang," katanya.
Eksport makanan diproses Malaysia ke AS mencecah US$155.4 juta (RM639 juta)bagi tempoh Januari-November 2016.
Antara produk eksport utama itu termasuk koko dan produk berasaskannya, bijirin, makanan laut siap diproses serta buah-buahan yang sudah siap disediakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2017
Pengeksport makanan Malaysia ke AS berkemungkinan besar perlu menjalani proses pengauditan di peringkat kilang masing-masing. - Gambar fail
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Pengeksport makanan ke AS mungkin perlu patuhi peraturan baharu FDA - Matrade
Pengeksport makanan Malaysia ke AS berkemungkinan besar perlu menjalani proses pengauditan di peringkat kilang serta prosedur simpanan rekod masing-masing.