KUALA LUMPUR: Pengekalan penarafan oleh agensi antarabangsa Fitch Rating terhadap Malaysia mencerminkan keyakinan terhadap polisi dan prospek negara, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul menjelaskan, pengekalan penarafan IDR matawang asing jangka panjang Malaysia pada ‘BBB+’ dengan unjuran stabil itu diberikan ketika dunia berhadapan dengan tindakan semakan semula penarafan luar jangkaan, di mana 101 prospek negatif telah diberikan menjelang akhir tahun 2020.
"Pengekalan penarafan bagi Malaysia membuktikan daya tahan ekonomi negara dalam persekitaran yang tidak menentu, prospek dan asas pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh serta lebihan akaun semasa yang stabil disokong oleh kepelbagaian pasaran dan produk eksport.
"Malaysia secara konsisten mencatatkan lebihan akaun semasa sepanjang dua dekad dengan lebihan akaun semasa terbesar dicatatkan pada tahun 2020 berjumlah RM184.8 bilion, bersamaan 4.2% KDNK.
"Kedudukan ini turut disokong oleh rizab antarabangsa yang mencukupi, aset luaran bank dan korporat yang besar, serta kedudukan luaran mata wang asing bersih berjumlah RM1.1 trilion atau 77.0% daripada KDNK pada akhir Mac 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau menjelaskan, pengekalan Malaysia dalam index FTSE Russell’s World Government Bond Index pula merupakan satu testimoni ke atas pasaran modal yang maju serta asas makro ekonomi yang kukuh dan berdaya tahan.
BACA: Fitch Ratings kekalkan penarafan jangka panjang Malaysia, unjuran stabil
Tengku Zafrul juga menjelaskan, Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan satu strategi dinamik, fleksibel dan berpandangan ke hadapan berpandukan data dan sains dalam menangani krisis pandemik COVID-19.
"Berlandaskan pendekatan secara menyeluruh bagi negara, Kerajaan akan bekerjasama dengan pakar industri, NGO, pemimpin komuniti dan masyarakat umum dalam melaksanakan PPN.
"Pendekatan PPN yang sistematik akan mengimbangi keperluan untuk melindungi nyawa dan menjaga kelangsungan mata pencarian," katanya lagi.
Beliau juga menjelaskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang merupakan antara yang terpantas turut mendorong pemulihan ekonomi negara.
Tengku Zafrul menjelaskan, melangkah ke hadapan, Malaysia akan memberi tumpuan kepada digitalisasi dan penggunaan teknologi serta menambah baik prospek dan daya tahan ekonomi dalam jangka panjang.
"Di samping itu, dalam jangka sederhana, Kerajaan berpegang teguh untuk melaksanakan pembaharuan struktur secara berterusan yang akan membolehkan Malaysia menarik pelaburan berkualiti tinggi serta dapat menjana pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi," katanya lagi.
Beliau berkata, keutamaan kerajaan adalah melindungi kehidupan daripada ancaman COVID-19 selain memastikan prospek pertumbuhan ekonomi kekal kukuh dalam jangka sederhana dan panjang.
Katanya, Kerajaan akan terus melaksanakan respon secara strategik, proaktif dan berkesan dalam suasana COVID-19 di samping meminimumkan kesan ekonomi yang berkekalan akibat pandemik.
Astro Awani
Mon Jul 19 2021

Tengku Zafrul menjelaskan, melangkah ke hadapan, Malaysia akan memberi tumpuan kepada digitalisasi dan penggunaan teknologi serta menambah baik prospek dan daya tahan ekonomi dalam jangka panjang. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Pengekalan Fitch Rating cerminkan keyakinan terhadap polisi dan prospek Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul menjelaskan pengekalan penarafan ini diberikan ketika dunia berhadapan dengan tindakan semula penarafan luar jangkaan.