KUALA LUMPUR:Penerbit tersenarai yang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya boleh mengadakan mesyuarat secara maya sepenuhnya.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam satu kenyataan berkata, mengikut Nota Panduan yang dikemas kini mengenai Tata Cara Mesyuarat Agung bagi Penerbit Tersenarai, mesyuarat hibrid atau fizikal boleh diadakan di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) atau kawasan yang tidak dikenakan sebarang larangan pergerakan.
Sementara itu, suruhanjaya tersebut berkata, walaupun pejabat SC tetap dibuka sepanjang PKP, perkhidmatan aduan bersemuka ditangguhkan buat masa ini.
Orang ramai boleh terus menghantar e-mel pertanyaan atau aduan mereka kepada SC melalui aduan@seccom.com.my atau menghubungi talian hotline Aduan SC di +603 6204 8999 (9 pagi - 5 petang Isnin hingga Jumaat).
Terdahulu SC berkata sebagai penyedia perkhidmatan perlu di bawah sektor perkhidmatan, peserta pasaran modal boleh terus menjalankan dan menyediakan aktiviti dan perkhidmatan pasaran modal.
Ia adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sepanjang Ordinan Darurat dan pelbagai bentuk PKP
Peserta pasaran modal yang memerlukan surat pengesahan untuk memudahkan pergerakan perjalanan bagi pekerja mereka atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi fungsi kritikal boleh menghantar permintaan atau pertanyaan melalui e-mel ke ApprovalLettersCOVID19@seccom.com.my.
Semua peserta pasaran modal diingatkan agar mematuhi SOP yang diguna pakai, termasuk memastikan hanya 30 peratus kakitangan pengurusan yang dibenarkan di premis dan penangguhan aktiviti penjualan dan pemasaran di luar premis atau di tempat awam bagi kawasan yang berada di bawah PKP.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 18 2021
Suruhanjaya tersebut berkata, walaupun pejabat SC tetap dibuka sepanjang PKP, perkhidmatan aduan bersemuka ditangguhkan buat masa ini. - SCM / Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Penerbit tersenarai di kawasan PKP, PKPB hanya boleh adakan mesyuarat secara maya sepenuhnya - SC
Penerbit tersenarai yang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya boleh mengadakan mesyuarat secara maya sepenuhnya.