Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran mengekalkan caruman sebanyak 11 peratus berbanding 8 peratus bagi memastikan simpanan selepas persaraan mereka mencukupi dan mengelak daripada membayar lebih cukai pendapatan.
Pengarah Eksekutif Pesekutuan Majikan Malaysia, Datuk Shamsudin Bardan berkata ia terutama bagi pencarum yang menyumbang kurang daripada RM6,000 setahun.
Tambahnya, majoriti pencarum terdiri daripada golongan berkenaan iaitu meliputi lebih 70 peratus.
Manakala pencarum yang menyumbang lebih daripada RM6,000 dalam simpanan KWSP, yang mewakili kurang daripada 30 peratus digalakkan mencarum sebanyak 8 peratus.
Bagaimanapun, Shamsudin berkata berdasarkan dapatan daripada 2008, hanya 22 peratus pencarum yang mengekalkan jumlah caruman 11 peratus berbanding 78 peratus yang menukar nilai caruman kepada 8 peratus.
Pada 2008 kerajaan telah melaksanakan polisi sama di mana potongan caruman KWSP 8 peratus adalah sebagai usaha untuk menambah pendapatan boleh guna rakyat.
Ia antara langkah kerajaan dalam mendepani krisis ekonomi dunia ketika itu.
Beliau berkata demikian pada Seminar Percukaian 2016, Isu Serta Cabarannya anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) di Subang Jaya, Selangor.
Nurulhana Ismail
Tue Feb 16 2016

Pada 2008 kerajaan telah melaksanakan polisi sama di mana potongan caruman KWSP 8 peratus adalah sebagai usaha untuk menambah pendapatan boleh guna rakyat. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

64 peratus pencarum tiada simpanan mencukupi tampung persaraan - KWSP
Faktor utama melibatkan kadar upah yang sedikit, terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Pencarum KWSP disaran kekalkan caruman 11 peratus
Pencarum KWSP disaran mengekalkan caruman sebanyak 11 peratus berbanding 8 peratus bagi memastikan simpanan selepas persaraan mereka mencukupi.