KUALA LUMPUR: Kerajaan menyambut baik pengekalan penarafan Moody's Investors Service (Moody's) bagi penarafan kredit berdaulat Malaysia pada A3 dengan prospek stabil.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan pengekalan penarafan ini mencerminkan keazaman negara untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan daya tahan walaupun berhadapan dengan persekitaran global yang mencabar dan tidak menentu.
"Selari dengan visi Malaysia MADANI, kerajaan komited memacu pertumbuhan inklusif dan mampan, mengembalikan keyakinan terhadap institusi awam dan tata kelola serta mempertahankan keadilan sosial untuk semua rakyat Malaysia.
"Kerajaan akan terus berusaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan menarik lebih banyak pelaburan di samping memberi fokus kepada inisiatif mengawal tekanan inflasi dan mengurangkan beban hidup rakyat," tambah MOF.
Menurut kementerian itu, kerajaan juga komited untuk melaksanakan pembaharuan fiskal dan mengawal paras hutang bagi memastikan struktur ekonomi yang kukuh serta rangka kerja institusi yang berwibawa dalam menguruskan kewangan awam.
Menurut kenyataan MOF, Moody's menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar Malaysia menyederhana kepada 4.5 peratus pada 2023 berikutan situasi ekonomi global yang menyederhana seterusnya mempengaruhi permintaan luar terhadap produk pembuatan walaupun terdapat peningkatan eksport komoditi, pemulihan dalam sektor pelancongan dan pengukuhan dalam pasaran buruh.
Dalam jangka masa sederhana, Moody's mengunjurkan pertumbuhan KDNK benar Malaysia pada sekitar 5.0 peratus menjelang 2025, menghampiri potensi pertumbuhan output, disokong oleh demografi yang lebih baik berbanding negara berpenarafan setara A, tahap pelaburan yang kukuh serta permintaan yang lebih tinggi dari negara maju, jelas kenyataan itu.
MOF memaklumkan, Moody's menjangkakan prestasi dan daya tahan ekonomi Malaysia bertambah baik disokong oleh pelbagai pemacu pertumbuhan dan penyertaan Malaysia dalam rantaian nilai global, termasuk kemasukan pelaburan asing yang lebih kukuh dalam industri bernilai tinggi.
Moody's juga menyatakan bahawa pertumbuhan jangka sederhana akan terus disokong oleh integrasi negara ke dalam rantaian bekalan serantau dan global serta daya saing ekonomi yang lebih tinggi yang mampu menyumbang kepada lebihan dagangan luar yang besar.
Di samping itu, Moody's juga menyatakan faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan termasuk kelebihan Malaysia berbanding pasaran serantau yang sedang pesat membangun dari segi kualiti infrastruktur, pendidikan tinggi dan latihan, kecekapan pasaran buruh dan produk serta penggunaan teknologi, menurut kenyataan MOF.
Moody's turut menyatakan Malaysia terus menunjukkan tahap kompleksiti ekonomi yang tinggi, mencerminkan intensiti pengetahuan mengenai eksport barangan utama seperti produk elektrik dan elektronik.
Menurut MOF, Moody's turut mengiktiraf keupayaan institusi Malaysia dalam menangani pelbagai cabaran menerusi pelaksanaan polisi monetari dan makroekonomi yang berkesan serta daya tahan sistem perbankan hasil langkah pengawalseliaan ketat oleh bank pusat.
Moody's juga mengambil kira penambahbaikan ketelusan dalam pelaporan liabiliti luar jangka dan penerbitan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana yang mempamerkan keberkesanan dasar fiskal Malaysia.
Moody's menjangkakan usaha Malaysia untuk melaksanakan pembaharuan tadbir urus termasuk Akta Tanggungjawab Fiskal untuk meningkatkan akauntabiliti fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan akan mampu menangani isu pembaziran dan rasuah.
Pada pandangan Moody's, pembaharuan ini memberi makna yang jelas dalam usaha Kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal dan kestabilan hutang, menurut MOF.
Kementerian itu memaklumkan Moody's juga menjangkakan defisit fiskal akan berkurang kepada 5.0 peratus daripada KDNK pada 2023 dengan trajektori konsolidasi fiskal yang lebih perlahan pada 2024 dan 2025 selaras dengan unjuran rasmi iaitu 3.6 peratus pada 2025, berikutan asas hasil yang terhad dan komitmen perbelanjaan yang tinggi.
Moody's juga menjangkakan beban hutang kerajaan akan berkurang kepada 61 peratus daripada KDNK pada 2024 dan menekankan bahawa terdapat risiko yang rendah daripada liabiliti luar jangka.
Oleh yang demikian, Moody's menyatakan bahawa pasaran modal domestik yang mendalam telah menyeimbangkan kelemahan kedudukan fiskal semasa, manakala kadar faedah dan keluk kadar hasil Kerajaan telah kembali normal kepada paras prapandemik dan kekal stabil, tambah MOF.
MOF menambah walau bagaimanapun, Moody's juga berpandangan pembaharuan diperlukan bagi memperluas asas hasil memandangkan asas hasil negara adalah antara yang terendah berbanding negara berpenarafan setara A; dan komitmen perbelanjaan Kerajaan yang tinggi meliputi kemampanan pencen, bayaran khidmat hutang dan subsidi.
Malah, paras hutang dan liabiliti luar jangka semasa memberi risiko ke atas kemampuan keberhutangan kerajaan, tambah kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
MOF berkata, kerajaan juga komited untuk melaksanakan pembaharuan fiskal dan mengawal paras hutang bagi memastikan struktur ekonomi yang kukuh serta rangka kerja institusi yang berwibawa dalam menguruskan kewangan awam. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Penarafan Moody's cermin azam negara kekalkan momentum pertumbuhan, daya tahan - MOF
Pengekalan penarafan ini mencerminkan keazaman negara untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan daya tahan.