KUALA LUMPUR: Pemulihan perjalanan udara berterusan pada Oktober 2021 dengan peningkatan menyeluruh dalam pasaran domestik dan antarabangsa tetapi penguatkuasaan larangan perjalanan oleh kerajaan berikutan varian Omicron baharu boleh menjejaskan pemulihan sektor itu, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Katanya, walaupun jumlah permintaan untuk perjalanan udara pada Oktober 2021 diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) merosot 49.4 peratus berbanding Oktober 2019, jumlah itu merupakan peningkatan berbanding kejatuhan 53.3 peratus dicatatkan pada September 2021 berbanding dua tahun sebelumnya.
"Pasaran domestik susut 21.6 peratus berbanding Oktober 2019, mengatasi penurunan 24.2 peratus dicatatkan pada September 2021 berbanding September 2019.
"Sementara itu, permintaan penumpang antarabangsa pada Oktober 2021 sebanyak 65.5 peratus di bawah Oktober 2019 berbanding penurunan 69.0 peratus pada September 2021 berbanding tempoh pada 2019, dengan semua rantau menunjukkan peningkatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
IATA telah menukar perbandingan tahun ke tahun kepada 2021 berbanding 2019, menyatakan bahawa keputusan bulanan 2020 telah terjejas oleh impak luar biasa daripada COVID-19.
Mengulas mengenai prestasi, Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata prestasi trafik pada Oktober 2021 menunjukkan bahawa orang ramai akan melakukan perjalanan apabila mereka mendapat kebenaran.
"Malangnya, respons kerajaan terhadap kewujudan varian Omicron memberi risiko kepada hubungan global yang telah dibina semula untuk tempoh yang lama," katanya.
Walsh mengingatkan bahawa penguatkuasaan larangan perjalanan oleh kerajaan, bertentangan dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang boleh menjejaskan pemulihan sektor itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
Walaupun jumlah permintaan untuk perjalanan udara pada Okt 2021 diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer merosot 49.4 peratus berbanding Okt 2019, jumlah itu merupakan peningkatan berbanding kejatuhan 53.3 peratus dicatatkan. - Foto fail
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penularan gelombang varian Omicron BA.5 di negara kecil - Khairy
Gelombang COVID-19 akibat penularan subvarian Omicron BA.5 di Malaysia adalah kecil dan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi.
Malaysia lebih bersedia hadapi lonjakan kes Omicron - Khairy
Malaysia dilihat lebih bersedia untuk menangani lonjakan kes COVID-19 varian Omicron selain berpengalaman dalam melindungi golongan rentan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Indonesia laksana isolasi lima hari di rumah untuk kes Omicron
Indonesia menetapkan peraturan isolasi di rumah selama lima hari kepada individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 tanpa gejala, kata Presiden Joko Widodo pada Jumaat.
Buat ujian kendiri COVID-19 sebelum, selepas balik bercuti - Pakar
Keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, tidak sepatutnya membuatkan mereka alpa tentang kepentingan memastikan tahap kesihatan mereka, ketika
COVID-19: Jangan terlalu cepat longgarkan SOP - Pakar Kesihatan
Kerajaan disarankan tidak terlalu tergesa-gesa dalam melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dalam situasi pandemik yang kelihatan kembali meningkat.
Omicron: Khairy gesa orang ramai bekerjasama perangi pandemik
Orang ramai perlu bekerjasama untuk memerangi pandemik COVID-19 menerusi pemerkasaan komuniti susulan gelombang varian Omicron dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Thailand lapor kes kematian pertama akibat Omicron
Thailand melaporkan kes kematian pertama akibat varian Omicron COVID-19.
Kes Omicron di Indonesia meningkat ke 748
Indonesia melaporkan 748 kes jangkitan akibat varian Omicron setakat Sabtu, menurut angka terkini dikeluarkan Kementerian Kesihatan negara itu.
India catat 268,833 kes COVID-19 baharu, meningkat kepada 36,850,962
Angka COVID-19 India meningkat kepada 36,850,962 pada Sabtu apabila mencatatkan 268,833 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini kementerian kesihatan India.