KUALA LUMPUR: Pemulihan ekonomi kekal meyakinkan dengan trend yang lebih baik ditunjukkan oleh prestasi makroekonomi Malaysia pada April 2022 di sebalik ketidaktentuan global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, selepas lebih dua tahun berdepan krisis kesihatan global yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang telah mengubah landskap sosioekonomi dunia secara ketara, negara seterusnya melaksanakan proses pemulihan melalui strategi peralihan keluar yang lebih meluas bagi meningkatkan kemajuan ekonomi dan kesihatan awam.
"Walaupun orang awam telah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan fasa endemik, ancaman baharu pula muncul dalam bentuk gangguan rantaian bekalan akibat ketegangan geopolitik yang berterusan antara Rusia dan Ukraine, keadaan cuaca yang tidak menentu dan permintaan yang meningkat berikutan pelonggaran sekatan berkaitan kesihatan di kebanyakan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Meneliti prestasi makroekonomi Malaysia pada April 2022, Mohd Uzir berkata Malaysia dilimpahi dengan sumber asli dan komoditi seperti produk petroleum dan minyak sawit.
"Sebagai pengeksport komoditi bersih, negara ini turut mendapat manfaat daripada harga komoditi yang lebih tinggi, menyebabkan jumlah perdagangan Malaysia kekal kepada pertumbuhan tahunan dua digit sebanyak 21.3 peratus kepada RM231.4 bilion," katanya.
Eksport meningkat 20.7 peratus kepada RM127.5 bilion, manakala import naik 22.0 peratus kepada RM103.9 bilion.
Imbangan dagangan menokok 15.7 peratus dan masih kekal dalam lebihan pada RM23.5 bilion.
Prestasi perdagangan Malaysia kekal berdaya tahan pada Mei 2022, mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak November 2021 dengan jumlah dagangan melepasi RM1 trilion, katanya.
Mohd Uzir berkata, melangkah ke hadapan, Malaysia dijangka mengekalkan pemulihan ekonomi yang lebih baik pada bulan-bulan akan datang.
"Indeks Pelopor pada April 2022 mencatatkan 110.8 mata dengan pertumbuhan yang lebih baik kepada negatif 0.5 peratus tahun ke tahun berbanding negatif 1.4 peratus pada Mac 2022.
"Diharapkan, hala tuju trend pemulihan ekonomi terus kekal lebih baik pada masa akan datang meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
Mohd Uzir berkata selepas lebih dua tahun berdepan krisis kesihatan global yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang telah mengubah landskap sosioekonomi dunia secara ketara. - BERNAMA
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Sektor pembuatan dijangka catat pemulihan kukuh pada separuh kedua 2024
Pemulihan sektor pembuatan akan didorong kitaran teknologi pada separuh kedua 2024 dan pemulihan pascapandemik secara berperingkat di China.
Ekonomi Malaysia sudah mula tunjuk tanda-tanda pemulihan sejak Q3 2023 - HSBC
Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada separuh kedua 2023.
PM China seru anggota G20 utamakan aspek pembangunan
China akan terus bersinergi dengan semua pihak secara terbuka dan inklusif untuk memberikan sumbangan lebih besar kepada pemulihan ekonomi dunia serta pembangunan dan kemakmuran global.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada hari ini disokong oleh data ekonomi China yang lebih baik daripada jangkaan yang menyokong sentimen serantau.
SSM umum inisiatif tambahan pengurangan kompaun bantu perniagaan, korporat pulih
Inisiatif pengurangan kompaun itu melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal.
Prestasi ekonomi China lepasi jangkaan
KDNK China mencecah RMB28.49 trilion (kira-kira RM18.36 trilion) pada suku pertama 2023, menokok 4.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Dunia terima banyak manfaat hasil pemulihan ekonomi China - IMF
Ekonomi China yang kian pulih diyakini mampu menyumbang satu pertiga daripada pertumbuhan global pada 2023.
Gempa Turkiye: Ekonomi dijangka memburuk, pelancongan teruk terjejas
Selain menjejaskan rantaian bekalan, sektor pelancongan juga bakal menerima impak buruk akibat tragedi itu.
Henti berpolitik, sekarang masa kerajaan baharu bekerja selesai isu rakyat - Saifuddin Nasution
Fokus utama kerajaan kini adalah bekerja untuk rakyat dan menyelesaikan isu pemulihan ekonomi.