GEORGE TOWN: Pembangunan semula sektor pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 antara yang akan diberi tumpuan khusus dalam Bajet 2022 akan datang.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau optimis sektor berkenaan akan kembali pulih susulan kebenaran rentas yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Menurutnya, sektor berkenaan antara yang paling terkesan dan berdepan cabaran untuk memulakan semula operasi berikutan ia antara sektor terakhir yang dibuka kepada orang awam dalam pelan pemulihan negara.
"Cabaran yg mereka hadapi adalah cash flow (aliran tunai) kerana telah lama tidak beroperasi, itu salah satu fokus YAB Perdana Menteri telah sebut dalam ucapan sebelum ini.
"Jadi, bagaimana kita akan bantu sektor SME (perusahaan kecil dan sederhana) cari pembiayaan yang mudah bagi sektor paling terkesan seperti pelancongan," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas hadir pada 'Program Dialog dan Konsultasi Bagi Aspek Warisan Serta Pelancongan' yang disertai pemegang taruh sektor pelancongan di negeri berkenaan di sini pada Sabtu.
Katanya, sektor pelancongan wajar diberi perhatian dan peruntukkan yang secukupnya memandangkan ia merupakan aktiviti ekonomi.
Pada masa sama, Tengku Zafrul turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan mendengar keluhan dan cabaran dihadapi pemain industri terbabit di semua peringkat dan juga cadangan diutarakan mereka untuk mengatasinya secara komprehensif.
"Dalam perhatian kita, sektor ini (pelancongan) yang lambat pulih, oleh itu perbincangan dalam sesi libat urus tadi (beri) fokus lebih (kepada) bagaimana kerajaan dapat bantu pengusaha di sektor pelancongan untuk bangun semula terutama bila kita buka semula sektor industri ekonomi dan rentas negeri di mana pelancongan domestik boleh melancong semula.
"Dan tahun depan, pelancong dari negara lain boleh mula untuk melancong," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, sektor pelancongan yang berperanan sebagai penyumbang signifikan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga memerlukan pemerkasaan semula agar dapat bersaing dengan negara lain dalam menarik pelancong selepas sempadan negara dibuka kelak.
Terdahulu, beliau melakukan lawatan ke Pulau Pinang dalam rangka Jelajah Bajet 2022 bagi mengumpul maklum balas daripada pelbagai sektor.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Oct 09 2021
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau optimis sektor berkenaan akan kembali pulih susulan kebenaran rentas yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat. - Foto BERNAMA
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Sarawak diunjur catat pertumbuhan 5-6 peratus pada 2024 - Abang Johari
Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
Sabah rancang bida penganjuran Kongres Dunia IFLA 2031 - Dr Joachim
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah serta ILAM merancang untuk menyertai Kongres Dunia FLA 2025 di Perancis tahun depan.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
Isu kibar bendera China: Reaksi berlebihan beri kesan sektor pelancongan negara - King Sing
Reaksi berlebihan berhubung kontroversi mengibar bendera China dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan dibimbangi memberi kesan kepada sektor pelancongan.
Belanjawan 2025: Kerajaan diharap sedia peruntukan khas tingkat industri pelancongan Melaka
Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat memberikan peruntukan khas untuk memperbaiki infrastruktur dan kemudahan awam di Melaka.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
KLTA dalam proses wujud garis panduan standard pelancongan menjelang TMM 2026
KLTA sedang dalam proses mewujudkan garis panduan mengenai standard pelancongan bagi pemain industri sektor itu dalam menguruskan aktiviti perniagaan mereka menjelang TMM 2026.
SUKMA 2028: Serius pertingkat prasarana, pelbangunan atlet - Sultan Kelantan
Kerajaan Kelantan diminta untuk mengambil pendekatan serius dalam meningkatkan prasarana dan pembangunan atlet negeri ini bagi mendepani dan bersiap siaga sebagai tuan rumah SUKMA pada 2028.
Kementerian Pengangkutan akan tubuh Majlis Pelayaran
Kementerian Pengangkutan bersedia menubuhkan Majlis Pelayaran bagi memajukan industri itu di Malaysia dan langkah tersebut dijangka mampu meningkatkan sektor pelancongan negara dengan ketara.