Mereka yang ingin bekerja sendiri untuk menjana pendapatan, kini boleh memohon menjadi pemandu Uber dengan menyewa kereta Proton pada kadar hanya RM45 sehari.
Dikenali sebagai Quick Ride, perkhidmatan ini diwujudkan selepas satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara pembekal perkhidmatan e-hailing itu, pengeluar kereta nasional, Proton, dan Quick Ride Sdn Bhd, sebuah syarikat yang baru dilancarkan, dengan rekaan konsepnya oleh Cartrade Group dan Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB).
Pengerusi Eksekutif KAPB, yang juga pengerusi Quick Ride, Datuk Mohamed Ilyas Mohamed berkata sebagai permulaan, 1,000 unit kereta akan disediakan untuk disewa dan dijangka direbut sepenuhnya oleh pemohon.
Jumlah itu mungkin bertambah beransur-ansur hingga mencapai 10,000 unit dalam masa dua tahun.
Bercakap kepada pemberita selepas upacara menandatangani MoU itu di sini hari ini, Mohamed Ilyas berkata pemohon boleh memilih Proton Saga pada kadar sewa RM45 sehari atau Proton Persona pada kadar RM55 sehari dengan syarat yang mudah, termasuk tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk penyenggaraan, cukai jalan dan insurans.
"Mereka yang berminat, boleh mendaftar melalui laman sesawang Quick Ride atau datang ke pejabat kami di Menara Kembar Bank Rakyat, kami dan Uber akan memproses permohonan berkenaan.
"Sekiranya semua syarat dipenuhi, pemohon akan dipanggil untuk menandatangani kontrak dan membayar deposit RM1,000 untuk pajakan selama tiga tahun, yang boleh ditamatkan lebih awal, tetapi dikenakan penalti," katanya.
MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Quick Ride Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, Pengurus Besar bagi pembangunan Uber Malaysia Karina Ali Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd Datuk Ahmad Fuaad Kenali.
Sementara itu, Mohamed Fahmi berkata Quick Ride menerima kira-kira 380 permohonan sejak pendaftaran dibuka pada 27 Ogos dan daripada jumlah itu, kira-kira 40 telah diluluskan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017
Ketua Pegawai Eksekutif Quick Ride Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas (tengah) ketika bertukar dokumen bersama Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Datuk Ahmad Fuad Mohd Kenali (dua, kanan) pada Selasa. - Foto Bernama
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
Siswazah jual nasi lemak dan jadi pemandu Uber perlu dipuji
Sepatutnya tiada pihak memperkecilkan kerja sedemikian yang dilakukan golongan itu sebaliknya perlu memberikan kata semangat dan motivasi kepada mereka kerana tidak mengharapkan pendapatan makan gaji.
Graduan semakin kreatif cipta peluang pekerjaan - Ismail Sabri
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemilihan kerja oleh generasi sekarang juga tidak boleh disifatkan sebagai kegagalan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan.
Kertas siasatan pemandu Uber kena pukul selesai
Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes seorang pemandu Uber yang cedera dipukul sekumpulan lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam di Paya Terubung di sini, baru-baru ini.
Penumpang tertidur, pemandu Uber melencong lebih 50 kilometer
Hannah Warman hanya sedar hari berikutnya apabila menerima resit Uber yang mencatat tambang luar biasa.
Pemandu Uber parah diserang di Kenya, kenderaan dibakar
Pemandu Uber di seluruh dunia berdepan ancaman dan protes daripada pengendali teksi biasa, yang mendakwa tambang lebih murah yang dikenakan Uber menjejaskan pendapatan mereka.