KUALA LUMPUR: Pelantikan semula mengetuai portfolio yang sama sedikit sebanyak memberi kesinambungan kepada dasar yang telah dilaksanakan sejak 18 bulan lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurutnya, pelantikan tersebut membantu beliau dan pasukannya di Kementerian Kewangan (MoF) untuk memberi tumpuan kepada membantu rakyat dan peniaga yang amat terkesan oleh pandemik COVID-19.
"Justeru, kesinambungan itu penting dari segi dasar, pelaksanaan, pemantauan dan keberhasilan.
"Kami (MoF) masih membuat laporan mingguan (laporan LAKSANA) untuk memberi gambaran kepada rakyat mengenai hasil atau pelaksanaan dari segi inisiatif yang telah diumumkan," katanya pada program Inklusif: 100 Hari Mendepani Cabaran, Memperkasa Ekonomi #Keluarga Malaysia terbitan RTM, semalam.
Menjawab persoalan mengenai usaha untuk memperkukuh dasar asas kepada rakyat yang terkesan oleh pandemik COVID-19, Tengku Zafrul berkata MoF menggunakan kaedah interaksi libat urus dengan peniaga, persatuan dan pihak berkepentingan untuk mengetahui masalah yang dihadapi golongan ini.
"Jika kita lihat kepada perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM) merupakan golongan yang paling terkesan.
"Itu sebabnya kita meneruskan inisiatif atau bantuan Geran Khas Prihatin yang mana peruntukan pembayaran berjumlah kira-kira RM6.08 bilion diberikan kepada 1 juta PKS mikro," katanya.
Beliau berkata cabaran utama yang dihadapi PKS terutamanya dalam sektor-sektor yang terkesan seperti peruncitan dan pelancongan merupakan modal kerja.
"Kita telah memberi bantuan dari segi pembiayaan, moratorium dan sebagainya, namun, jika mereka masih lagi memerlukan bantuan, MoF sedang memperhalusi cara untuk lebih fokus kepada kumpulan peniaga dalam Bajet 2022," katanya.
Tengku Zafrul berkata melalui kenyataan pra-bajet dan pentas konsultasi awam, sebagai usaha untuk menambah baik proses penyediaan bajet tahunan, langkah ini telah membantu kerajaan dalam mendapatkan input dan maklum balas dalam beberapa bidang.
"Ramai rakyat Malaysia, syarikat dan persatuan telah memberi maklum balas yang baik dan banyak yang akan kita gunakan dalam Bajet 2022," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
![Pelantikan semula ketuai portfolio sama beri kesinambungan kepada dasar - Tengku Zafrul Pelantikan semula ketuai portfolio sama beri kesinambungan kepada dasar - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634135236_Zafrul.jpg)
Tengku Zafrul berkata cabaran utama yang dihadapi PKS terutamanya dalam sektor-sektor yang terkesan seperti peruncitan dan pelancongan merupakan modal kerja. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
![Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721077402_Perbendaharaan.jpg)
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![Kerajaan bersetuju laksana VOP Kerajaan bersetuju laksana VOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720874282_AmirHamzahAzizan.jpg)
Kerajaan bersetuju laksana VOP
Ia bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan susulan penyasaran subsidi diesel.
![Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720774990_TBFahmi.jpg)
Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi
Belanjawan 2025, yang merupakan belanjawan ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan, akan dibentang pada 18 Okt ini di Dewan Rakyat.
![Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697186819_SST.jpg)
Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF
Kutipan hasil cukai berasaskan penggunaan telah berkurangan selepas SST dilaksanakan semula bagi menggantikan GST.
![Penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia bagi pastikan syarikat minyak bersedia - MoF Penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia bagi pastikan syarikat minyak bersedia - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720505316_diesel.jpg)
Penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia bagi pastikan syarikat minyak bersedia - MoF
Pelaksanaan penyasaran itu juga bagi memastikan syarikat minyak bersedia sekiranya langkah tersebut diperluas ke negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
![3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF 3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714026552_BangunanKumpulanWa.jpg)
3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF
Seramai 3.61 juta daripada 13.01 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel.
![Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716542201_MalaysiaEkonomi.jpg)
Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan
Bank Negara Malaysia akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.
![Kerajaan pantau pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Kementerian Kewangan Kerajaan pantau pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718609767_diesel.jpg)
Kerajaan pantau pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Kementerian Kewangan
Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan sekiranya perlu, penambahbaikan bantuan akan dibuat.
![3.5 juta ahli KWSP pindah RM10.86 bilion dana ke Akaun Fleksibel 3.5 juta ahli KWSP pindah RM10.86 bilion dana ke Akaun Fleksibel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704855136_KWSP.jpg)
3.5 juta ahli KWSP pindah RM10.86 bilion dana ke Akaun Fleksibel
Sebanyak 3.45 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel.