KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan meletakkan Malaysia pada kedudukan strategik serta meningkatkan daya saing negara di arena global.
Dalam kenyataan pada Khamis, Presiden Persatuan Petrokimia Malaysia (MPA) Akbar Md Thayoob berkata persatuan itu memuji usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam menyelesaikan prosedur domestik berikutan mandat yang diterima daripada Kabinet.
Beliau berkata MITI telah menyumbang kepada penyerahan akhir instrumen ratifikasi (IOR) Malaysia bagi CPTPP dengan depositari di New Zealand yang dilaksanakan pada 30 Sept 2022.
"Perjanjian CPTPP telah diratifikasi dan dilaksanakan secara berperingkat sejak Disember 2018 oleh Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura, Vietnam dan Peru.
"Ia akan meluaskan akses Malaysia kepada pasaran baharu seperti Kanada, Mexico dan Peru yang tidak diliputi oleh mana-mana perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada," katanya.
Beliau berkata pengeksport Malaysia akan menikmati layanan bebas cukai ke atas produk seperti alat ganti dan komponen automotif, barangan plastik, sarung tangan pembedahan, produk getah, tekstil dan pakaian, produk koko serta barangan makanan.
Akbar berkata, langkah United Kingdom dan China, Chinese Taipei, Ecuador dan Costa Rica yang turut memohon secara rasmi untuk menyertai CPTPP adalah sesuatu yang memberangsangkan, membolehkan pengeksport Malaysia meraih peluang kepada akses pasaran yang lebih luas.
Beliau berkata analisis kos-faedah (CBA) yang dilaksanakan ke atas CPTPP mengunjurkan jumlah perdagangan dari Malaysia dijangka meningkat kepada US$655.9 bilion (AS$1=RM4.71) pada 2030.
Selain itu, beliau berkata eksport diramalkan mencecah AS$354.7 bilion pada tahun yang sama dengan imbangan perdagangan kekal dalam lebihan kukuh pada 8.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2030.
Beliau berkata, di bawah CPTPP, hampir 100 peratus daripada eksport Malaysia ke semua negara CPTPP akan menikmati layanan bebas cukai menjelang 1 Jan 2033.
Akbar berkata apabila CPTPP dikuatkuasakan untuk Malaysia, semua eksport Malaysia ke pasaran Australia dan Singapura tidak dikenakan sebarang duti.
Semua produk Malaysia yang dieksport ke New Zealand dan Kanada adalah tanpa cukai, masing-masing pada 2024 dan 2029, katanya.
Ketika ini, beliau berkata duti ke atas eksport utama Malaysia ke Kanada dan Mexico adalah antara 15 hingga 30 peratus.
"Pada dasarnya, CPTPP akan wujud bersama semua FTA lain dan akan meletakkan Malaysia pada kedudukan strategik, meningkatkan daya saing kita di arena global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022

Akbar Md Thayoob berkata MITI telah menyumbang kepada penyerahan akhir instrumen ratifikasi (IOR) Malaysia bagi CPTPP dengan depositari di New Zealand. - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.

FTA Malaysia-UK menerusi CPTPP dijangka tingkat pelaburan, perdagangan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata CPTPP adalah permulaan yang baik untuk syarikat mendapat akses ke pasaran di setiap negara dari aspek tarif dan kebolehcapaian.

Penyertaan UK dalam CPTPP buka laluan lebih mudah pelaburan untuk Malaysia - PM
UK secara rasmi menyertai CPTPP pada 15 Disember tahun lalu, menjadikannya negara Eropah pertama menyertai blok perdagangan Asia-Pasifik.

CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.

UK secara rasmi sertai blok perdagangan Asia-Pasifik CPTPP
United Kingdom secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.

Malaysia-Bahrain kongsi pengalaman pengurusan pengairan dan teknologi pertanian
Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan Bahrain mengenai pengurusan pengairan dan saliran serta berharap dapat bekerjasama dengan negara itu berkaitan teknologi penggunaan air kitar semula.

Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh, perdagangan meningkat 41 peratus
Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh dengan perdagangan dua hala mencecah RM8.05 bilion setakat Ogos lepas.