KUALA LUMPUR : Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tampil dengan penjelasan susulan dakwaan terdapat pihak yang cuba mengambil nama atas pelaburan terbaharu Infineon Technologies AG
Jelas beliau menerusi perkongsian di laman media sosial TikTok pada Ahad, pelaburan syarikat penyedia penyelesaian semikonduktor dari Jerman itu merupakan pelaburan tambahan dan dilakukan atas dasar kestabilan politik.
Ujarnya pelaburan itu bukan pelaburan yang diumumkan tahun lepas, tetapi merupakan pelaburan tambahan ketika di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
"Mengapa Infenion dan syarikat lain makin yakin nak melabur di Malaysia tahun ini? Antara sebabnya ialah kestabilan politik.
"Bila kerajaan asyik bertukar, pelabur kurang yakin nak masuk. Kenapa? Sebab bila kerajaan baru masuk, mungkin akan tukar dasar, jadi ini mungkin boleh beri impak negatif kepada pelaburan.
"Tetapi kerajaan sekarang ini kukuh, majoriti pun dua per tiga. Insya-Allah akan bertahan sehingga hujung tempoh," katanya.
Menurut beliau, keyakinan itu turut terbukti menerusi pencapaian suku pertama ekonomi tahun ini apabila jumlah pelaburan yang diluluskan adalah RM71.4 bilion.
Peningkatan itu adalah pada tahap 60 peratus berbanding suku pertama tahun lepas.
"Tahun lepas Infineon nak melabur RM8 bilion, MITI dah beri insentif, tahun ini Infineon nak melabur RM25 bilion, pelaburan ini akan mewujudkan banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
"Produk syarikat ini akan dieksport ke luar negara. Jadi hasil pendapatan negara akan meningkat tinggi," tambah beliau.
Infineon pada Khamis mengumumkan perancangan meningkatkan kemudahannya di Kulim untuk membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200 milimeter (mm) terbesar di dunia dengan pelaburan tambahan sebanyak lima bilion euro bagi tempoh lima tahun akan datang.
Sejak lima dekad yang lalu, Infineon telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penting dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim dan melaksanakan aktiviti pembungkusan cip semikonduktor di Batu Berendam, Melaka.
Mengulas mengenai pelaburan tersebut, Perdana Menteri berkata ia selaras dengan gagasan Ekonomi Madani yang menyasarkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia.
Nickyson Nyambar
Sun Aug 06 2023
![Pelaburan Infineon: Ramai cuba 'ambil kredit', Tengku Zafrul tampil penjelasan Pelaburan Infineon: Ramai cuba 'ambil kredit', Tengku Zafrul tampil penjelasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689910663_DatukSeriZafrul.jpg)
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tampil dengan penjelasan susulan dakwaan terdapat pihak yang cuba mengambil nama diatas pelaburan terbaharu Infineon Technologies AG. - Gambar fail/BERNAMA
![Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723221611_TBMICHELE.jpg)
Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat di Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.
Move Forward Party yang dibubarkan bentuk parti rakyat
Mesyuarat yang berlangsung selama lebih dua jam itu telah memilih jawatankuasa eksekutif parti baharu termasuk Natthaphong Ruangpanyawut sebagai ketua parti dan Sarayut Jailak sebagai setiausaha agung.
10 terbunuh, 35 cedera di timur Ukraine
Imej dari lokasi kejadian menunjukkan kerosakan teruk bangunan dan sebuah bas.
205 pekerja bantuan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt - UNRWA
Agensi PBB melaporkan bahawa serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza mengakibatkan korban orang awam, perpindahan orang ramai dan kemusnahan struktur kediaman dan infrastruktur awam.
EU salur €43 juta untuk gaji pihak berkuasa Palestin
Kesatuan Eropah mengumumkan sumbangan 34 juta euro untuk membantuk pihak berkuasa Palestin (PA) membayar gaji dan pencen untuk pekerja dan pesaranya di tebing barat, menurut agensi berita Palestin (WAFA).
'Jangan boikot Pestabola Merdeka' - FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap beberapa kumpulan penyokong termasuk Ultras Malaya tidak memboikot Pestabola Merdeka 2024.
Rafizi ajak Wan Ahmad Fayhsal berdebat
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kemas kini di laman X berkata, isu tersebut perlu dibahaskan kerana ia idea yang paling bernas mengenai ekonomi yang pernah datang daripada Perikatan Nasional (PN).
Wanita cedera diserang ketika hendak menunaikan solat
Seorang wanita cedera apabila diserang ketika di dalam tandas sebuah madrasah. Wanita berkenaan dipercayai singgah sebentar untuk menunaikan solat Zohor.
PM ucap tahniah kepada Muhammad Yunus
Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pengalaman luas yang dimiliki oleh Muhammad akan memberi jaminan untuk membimbing Bangladesh dengan bijaksana dan integriti.
![JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0 JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723220405_TBLIGASUPER.jpg)
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
![Bursa Malaysia ditutup kukuh, IK naik 0.35 peratus Bursa Malaysia ditutup kukuh, IK naik 0.35 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup kukuh, IK naik 0.35 peratus
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,596.05 daripada 1,590.38 semasa ditutup pada Khamis.
![Singapura tidak boleh bergantung kepada formula sedia ada untuk bergerak ke hadapan - PM Singapura tidak boleh bergantung kepada formula sedia ada untuk bergerak ke hadapan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715776217_tbLawrenceWong.jpg)
Singapura tidak boleh bergantung kepada formula sedia ada untuk bergerak ke hadapan - PM
Singapura tidak mampu untuk hanya bergantung kepada formula sedia ada untuk merangka hala tuju masa depannya, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.
![Pelaburan langsung domestik RM120 bilion daripada GLIC di bawah program diterajui MOF Pelaburan langsung domestik RM120 bilion daripada GLIC di bawah program diterajui MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723086494_TBANWARMOF.jpg)
Pelaburan langsung domestik RM120 bilion daripada GLIC di bawah program diterajui MOF
Pelaburan ini disasarkan kepada industri-industri yang memiliki pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi seperti sektor peralihan tenaga dan pembuatan canggih.
![Garis panduan tingkat pelaburan pusat data akan dikeluarkan pada suku ketiga - Tengku Zafrul Garis panduan tingkat pelaburan pusat data akan dikeluarkan pada suku ketiga - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
Garis panduan tingkat pelaburan pusat data akan dikeluarkan pada suku ketiga - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan garis panduan untuk keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) dan keberkesanan penggunaan air (WUE) di pusat data menjelang suku ketiga tahun ini untuk meningkatkan pelaburan.
![Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718858816_Zafrul.jpg)
Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul
Pengukuhan ringgit mencerminkan asas ekonomi dan dasar negara yang padu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
![Pelaburan digital Malaysia meningkat kepada RM66.22 bilion pada separuh pertama 2024 Pelaburan digital Malaysia meningkat kepada RM66.22 bilion pada separuh pertama 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722234541_tbGobindSinghDeo.jpg)
Pelaburan digital Malaysia meningkat kepada RM66.22 bilion pada separuh pertama 2024
Pelaburan digital Malaysia meningkat kepada RM66.22 bilion pada separuh pertama tahun ini, menunjukkan pertumbuhan kukuh dan daya tahan ekonomi digital walaupun terdapat ketegangan geopolitik global.
![Pasaran serantau merudum asak Bursa Malaysia ditutup rendah Pasaran serantau merudum asak Bursa Malaysia ditutup rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722601689_BursaMalaysia.jpg)
Pasaran serantau merudum asak Bursa Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 74.57 mata atau 4.62 peratus kepada 1,536.48 daripada 1,611.05 pada Jumaat.
![Wanita rugi lebih RM100,000 terperdaya skim 'labur RM1,500 untung RM75,000' Wanita rugi lebih RM100,000 terperdaya skim 'labur RM1,500 untung RM75,000'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720537799_PhoneScams.jpg)
Wanita rugi lebih RM100,000 terperdaya skim 'labur RM1,500 untung RM75,000'
Siasatan awal mendapati mangsa melayari laman sesawang melalui klik pautan di Telegram apabila melihat satu iklan mengenai pelaburan semasa berada di rumahnya pada 16 Julai lalu.
![Ringgit dijangka terus mengukuh, dipacu inisiatif kerajaan - Amir Hamzah Ringgit dijangka terus mengukuh, dipacu inisiatif kerajaan - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722511732_AmirHamzahAzizan.jpg)
Ringgit dijangka terus mengukuh, dipacu inisiatif kerajaan - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, ringgit juga akan dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat.
![Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul lebih kukuh 5.6 peratus pada Jun - BNM Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul lebih kukuh 5.6 peratus pada Jun - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716610812_BNM.jpg)
Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul lebih kukuh 5.6 peratus pada Jun - BNM
Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul lebih kukuh 5.6 peratus pada Jun 2024 berbanding 4.8 peratus pada Mei, disokong oleh pinjaman modal kerja dan pinjaman berkaitan pelaburan.