Pelabur terus yakin terhadap Malaysia sebagai destinasi Pelaburan Langsung Asing (FDI), dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa lebih banyak syarikat multinasional Amerika membuka operasi masing-masing di rantau ini di Malaysia, di Greater Kuala Lumpur.
Beliau mahu pelabur Amerika melihat Malaysia dan Greater KL sebagai hab serantau untuk Perniagaan, Inovasi dan Bakat, disokong oleh infrastruktur berkos rendah, keupayaan tinggi serta bertaraf dunia.
"Greater KL penting untuk peluasan berterusan anda di Asia," kata Najib yang juga Menteri Kewangan pada Simposium Pelaburan Global di Kelab Havard New York di sini pada Rabu.
Malaysia mencatat kemasukan US$10.16 bilion FDI pada 2012 dan mengekalkan kedudukannya sebagai penerima FDI ketiga terbesar di Asean, dalam Laporan Pelaburan Dunia 2013 oleh Persidangan Pembangunan dan Perdagangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD).
UNCTAD juga meletakkan Malaysia di tangga ke-11 antara 20 ekonomi dengan keuntungan tertinggi FDI.
Simposium yang bermatlamat mempromosi Malaysia, khususnya Greater Kuala Lumpur, destinasi dan peluang pelaburan yang tiada tandingannya kepada pelabur US, dihadiri ahli perniagaan, pelabur dan pemimpin kanan industri US.
Beliau berkata pelabur dalam pasaran Malaysia turut memperoleh manfaat daripada dasar-dasar perlindungan pelabur yang kukuh, yang disahkan berdasarkan ranking Malaysia di tangga keempat dalam Indeks Perlindungan Pelabur - 'World Bank's Doing Business 2013'.
Najib berkata Malaysia juga telah mengambil langkah dalam memastikan keselamatan pelaburan asing
Amerika Syarikat merupakan rakan dagang yang penting bagi Malaysia, dengan jumlah dagangan hampir US$40 bilion pada 2012, dengan hubungan dagangan dua hala memihak kepada Malaysia.
US juga ialah rakan dagang keempat terbesar Malaysia pada 2011, kedua terbesar antara 10 negara anggota Asean.
"Kami sudah memulakan aktiviti memandangkan kami yakin sepenuhnya bahawa masa depan Malaysia, dan mungkin masa depan anda, bergantung dengan memanfaatkan potensi yang ditawarkan oleh Malaysia dan Kuala Lumpur, sebagai hab perniagaan AEC, katanya.
AEC, yang dijangka menjadi kenyataan pada 2015, akan menyepadukan kesemua 10 ekonomi Asean menerusi satu pasaran tunggal dengan dagangan, pelaburan dan pengeluaran yang seragam.
Najib berkata beliau berada di sini bagi memperkukuh hubungan kedua-dua negara.
Perdana Menteri juga berkata dua tahun akan datang merupakan tempoh yang sangat sibuk dan menarik untuk Malaysia ketika Asean bersiap sedia untuk menjadi kuasa ekonomi dunia.
Beliau berkata usaha Malaysia bagi menyediakan persekitaran mesra perniagaan juga disahkan oleh Bank dunia, yang meletakkan Malaysia dalam ranking ke-12 terbaik di dunia untuk menjalankan perniagaan, menerusi laporan 'Ease of Doing Business 2013'.
Najib berkata Pusat Daya Saing Dunia IMD meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-15 dalam Papan Skor Daya Saing Dunia 2013.
Pada 2012, Malaysia menduduki tempat dari 59 negara dari segi kecekapan perniagaan.
Najib tiba di New York pada pagi Rabu selepas menamatkan lawatan kerja ke San Francisco dan menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) ketiga dari 22 hingga 24 Sept.
Pada Rabu, Perdana Menteri dijadual menyampaikan kenyataan pada mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Mengenai Pelucutan Senjata dan pada 28 Sept menyampaikan pernyataan negara pada perbahasan umum PBB.
Pada hari yang sama, Najib dijadual menyampaikan ucaptama pada acara Asia Society dan bertemu peserta utama industri dari negara Asean dan Amerika Syarikat pada jamuan tengah hari Majlis Perniagaan US-Asean serta Dewan Perniagaan US.
Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dalam lawatan ke San Francisco dan New York dari 22 hingga 29 Sept.
Bernama
Thu Sep 26 2013
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.