KUALA LUMPUR: Pelabur asing meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut pada minggu lepas, walaupun dengan nilai lebih sederhana RM130.5 juta.
Menerusi laporan aliran dana, penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjelaskan dagangan pada minggu berakhir 4 Ogos adalah bercampur-campur, apabila aliran masuk dicatatkan pada Isnin dengan nilai berjumlah RM280.9 juta dan Jumaat pada RM42.3 juta, manakala baki minggu itu menyaksikan aliran keluar.
"Dari Selasa hingga Khamis, pelabur asing bersih menjual bersih ekuiti bernilai RM192.7 juta, terutama menjual saham seperti Petronas Chemicals (-RM46.6 juta), CIMB (-RM33.5 juta) dan PPB (-RM28.3 juta).
"Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk bersih adalah perkhidmatan kewangan (RM116.7 juta), utiliti (RM96.6 juta) dan perladangan (RM81.1 juta)," tambahnya.
Cabang penyelidikan bank pelaburan itu turut memaklumkan sektor yang merekodkan aliran keluar bersih pada minggu lepas adalah produk dan perkhidmatan pengguna (-RM93.4 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (-RM65.0 juta) serta telekomunikasi dan media (-RM33.4 juta).
"Setakat ini bagi tahun ini, pelabur asing telah menjual bersih RM2.93 bilion," menurutnya.
Institusi tempatan pula kekal sebagai penjual bersih ekuiti domestik bagi minggu keempat berturut-turut pada minggu lepas dengan penjualan bersih RM122 juta minggu lepas.
"Aliran keluar tertinggi berlaku pada Isnin berjumlah -RM255.4 juta, dengan institusi tempatan kebanyakannya menjual bersih Maybank (-RM50.6 juta), Tenaga (-RM43.4 juta) dan Public Bank (-RM24.6 juta).
"Bagi 2023 setakat ini, institusi tempatan menjadi pembeli bersih dengan aliran masuk berjumlah RM3 bilion," jelasnya.
Peruncit tempatan turut menjual bersih bagi minggu keempat berturut-turut pada minggu lepas, walaupun pada nilai berjumlah lebih rendah iaitu RM8.5 juta.
Bagi 2023 setakat ini, peruncit tempatan telah menjual bersih RM76.4 juta.
Dari segi penyertaan, volum dagangan harian purata (ADTV) susut di seluruh papan -- pelabur runcit (-16.8 peratus), institusi tempatan (-20.8 peratus) dan pelabur asing (-6.5 peratus), tambah penyelidikan MIDF.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Dari Selasa hingga Khamis, pelabur asing bersih menjual bersih ekuiti bernilai RM192.7 juta. - Gambar fail/BERNAMA
Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak
Sebuah banglo yang sebelum ini mendapat perhatian akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini kembali diancam risiko runtuh.
Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.
Zon Bebas Kenderaan: Banda Hilir rekod lebih 120,000 pengunjung sempena cuti perayaan
Lebih 120,000 pengunjung direkodkan membanjiri Banda Hilir setakat semalam sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada 28 Jan lepas sempena cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina.
Op Selamat 23: Lebih 100,000 saman trafik dikeluarkan
Polis telah mengeluarkan 104,235 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Selamat 23 setakat semalam.
Fokus Minggu Depan: Parlimen bersidang semula Isnin, apa tumpuan dan keutamaan?
Bersama Dr Ahmad Zaharuddin Sani, Penganalisis Politik membincangkan tentang Parlimen yang akan berlangsung Isnin ini.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.
Israel serang tebing barat sewaktu Gencatan Senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di gaza berkuatkuasa.
Sekurang-kurangnya 7 maut, 19 cedera di Philadelphia
Datuk Bandar Philadelphia, Cherelle Parker sahkan tujuh terkoban termasuk seorang orang awam yang berada dalam kereta selepas sebuah pesawat perubatan terhempas pada petang Jumaat.
Ops Sky: Selebriti, ikon tempatan dalam radar SPRM
Selebriti termasuk artis dan ikon tempatan dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.
Kanada bertindak balas, kenakan tarif 25 peratus ke atas import dari AS
Kanada akan mengenakan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh AS, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan jualan berterusan
Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street.
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
Keuntungan bersih tahun kewangan 2024 Bursa Malaysia meningkat kepada RM310.12 juta
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.