Majlis makan tengah hari perniagaan Malaysia di luar acara Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-45, mendapat sambutan daripada syarikat asing, yang turut membuat perakuan untuk terus melabur di Malaysia dalam tempoh jangka panjang.
Tindakan proaktif kerajaan, selain persekitaran perniagaan yang kondusif, menjadi antara faktor utama yang membuat pelabur 'gembira' untuk melabur di Malaysia.
Pengerusi Lembaga Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Royal Vopak, Eelco Hoekstra, berkata kumpulan itu sentiasa membuat pertimbangan jangka panjang dalam pelaburan mereka.
Malaysia sebagai contoh, menawarkan peluang yang selari dengan strategi pelaburan jangka panjang syarikatnya.
"Kami membuat perancangan jangka panjang dalam pelaburan kami di Malaysia, dan pelaburan itu adalah berasaskan tadbir urus Malaysia yang baik, selain sebagai rakan dagang yang baik," katanya kepada wartawan Malaysia pada majlis makan tengah hari perniagaan yang dihoskan oleh Khazanah Nasional Bhd, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan InvestKL di sini pada Khamis.
Pelabur Belanda itu kini menjalin usaha sama dengan Petronas dan Dialog Group membangunkan terminal perindustrian di Pengerang, Johor yang merupakan sebahagian penting projek Kompleks Bersepadu Pengerang Petronas.
Syarikat terbabit turut terlibat dalam projek Terminal Petroleum Laut Dalam Pengerang, bernilai RM5 bilion.
Sementara itu, Pengerusi dan CEO Lafarge, Bruno Lafont, berkata syarikat terbabit juga membuat pertimbangan pelaburan jangka panjang di Malaysia.
"Kami beroperasi di lebih daripada 60 negara, dan Malaysia merupakan antara operasi terbesar dan mendapat perhatian utama syarikat," katanya.
Lafarge, peneraju dunia dalam bahan binaan, mengaji 64,000 pekerja di 62 negara.
Lebih 100 pemimpin korporat daripada 55 syarikat asing dan 39 pegawai kanan korporat Malaysia hadir pada majlis perniagaan itu.
Antara pemimpin syarikat terkemuka yang hadir ialah General Electrics, Barclays, Bata, Huawei, Lippo Group, Hyatt Hotel dan Ernst & Young.
Majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merupakan sebahagian daripada program kerajaan di WEF untuk meningkatkan profil Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan di ASEAN.
Bernama
Fri Jan 23 2015

Eelco Hoekstra berkata kumpulan itu sentiasa membuat pertimbangan jangka panjang dalam pelaburan mereka.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pelabur asing janji buat pelaburan jangka panjang di Malaysia
CEO Royal Vopak, Eelco Hoekstra, berkata kumpulan itu sentiasa membuat pertimbangan jangka panjang dalam pelaburan mereka.