Lembah Klang dijangka tidak mencatatkan sebarang perubahan dalam pertumbuhan pasaran hartanah tahun ini, kata firma perunding hartanah, CH Williams Talhar & Wong Sdn Bhd.

Pengarah Urusannya, Foo Gee Jen, berkata komponen seperti hartanah bertanah, pejabat, kedai runcit dan hotel akan menyaksikan pertumbuhan rata, segmen kediaman bangunan tinggi akan merosot, bagaimanapun, komponen perindustrian dijangka merekodkan peningkatan.

"Banyak pihak bimbang dengan segmen kediaman bangunan tinggi disebabkan segmen pasaran itu bakal mencatatkan lebihan bekalan dalam unit-unit kecil," katanya pada taklimat media mengenai unjuran pasaran hartanah 2016 di sini hari ini.

Sebahagian besar unit kediaman bertingkat tinggi ini akan siap dalam 2017 dan ini akan menyuntik tambahan sebanyak 37.2 peratus atau 13,500, kepada 49,752 unit yang telah sedia ada.

Beliau berkata, terdapat ketidakpadanan dalam penawaran dan permintaan untuk kediaman hartanah tinggi disebabkan wujud terlalu banyak unit kediaman kecil atau "shoebox".

"Penawaran kediaman bertingkat tinggi dalam tempoh dua tahun akan datang (2016/2017) akan memberi tekanan kepada kadar penghunian.

"Kadar sewa akan kekal kompetitif dan memberi kelebihan kepada penyewa," kata Foo.

Beliau berkata, terdapat ketidakpadanan dalam penawaran dan permintaan untuk kediaman hartanah tinggi disebabkan wujud terlalu banyak unit kediaman kecil atau "shoebox".

"Keadaan sebenar sekarang ialah bagaimana untuk mengisi kekosongan, sebelum beralih untuk pembinaan baharu, itulah cabarannya," kata Foo.

Sementara itu, hartanah bertanah akan terus berkembang dari segi harga dan permintaan, tetapi ini dikekang oleh kekurangan tanah.

Menurut beliau, sentimen pasaran yang lembap mungkin menyaksikan pelancaran baharu dengan harga yang lebih menarik bagi memenuhi keperluan golongan menengah.

"Sektor kediaman bertanah dijangka menyaksikan kestabilan harga dengan pertumbuhan yang minimum, bagaimanapun, aktiviti transaksi mungkin menguncup," katanya.

Menurut beliau, sentimen pasaran yang lembap mungkin menyaksikan pelancaran baharu dengan harga yang lebih menarik bagi memenuhi keperluan golongan menengah.

Foo ketika mengulas mengenai pasaran kediaman bertanah menengah memberitahu, transaksi hartanah ini dijangka akan meningkat.

Segmen peruncitan akan menyaksikan pelancaran 13 pusat membeli belah dengan keluasan keseluruhan 7.56 kaki persegi dalam tahun 2016 di pusat bandar Kuala Lumpur yang meliputi kawasan (kawasan Petaling Jaya, Ampang Jaya dan Selayang 1) dan Greater Kuala Lumpur (kawasan Selayang 2, Subang Jaya, Shah Alam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Putrajaya, Sepang, Kajang dan Nilai).

Beliau berkata pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan permintaan daripada golongan muda dan penduduk bandar serta pelancong yang akan membantu mengekalkan prestasi segmen itu.

Persaingan untuk ruang sewa akan meningkat memandangkan penyewa cenderung untuk berpindah dan sama dengan apa yang dialami oleh hartanah kediaman tinggi, ia juga akan mengalami tekanan dari segi kadar penghunian.

Secara keseluruhan, beliau berkata, pasaran hartanah menyaksikan kelembapan pada 2015 tetapi masih berdaya tahan, bagaimanapun, tahun ini akan menyaksikan cabaran di mana peneraju hartanah yang paling kuat akan berjaya meneruskan persaingan.

"Hartanah perindustrian, di sisi lain, dijangka mencatat pertumbuhan yang kukuh terutamanya dari segi sewa dan harga," kata Foo.