IOI Properties Group mengunjurkan segmen hartanah akan berkembang menjelang separuh kedua tahun 2016.
Menurut Pengerusinya, Tan Sri Lee Shin Cheng, lokasi yang strategik memainkan peranan bagi menampung permintaan pembeli yang lebih cenderung untuk membeli hartanah yang sedang membangun.
Tambahnya, awal 2016 akan terus mengekori sentimen negatif yang wujud pada 2015.
“Secara umumnya, prospek hartanah bagi tahun 2015 tidak begitu baik. Bagi 2016, saya rasa untuk suku pertama masih akan menjadi perlahan.
“Harap-harap pada separuh kedua tahun ini, akan ada sedikit peningkatan,” katanya selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa IOI Properties Group di sini.
Beliau juga yakin bahawa permintaan daripada pembeli akan meningkat selepas Tahun Baru Cina apabila syarikatnya melancarkan sebuah pembangunan pelbagai guna Conezión.
Tambahnya sasaran jualan IOI sebanyak RM2 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2016 juga yakin dapat dicapai meskipun kelembapan pasaran hartanah.
Sementara itu beliau turut melaporkan IOI Resort City kini telah berkembang dengan bilangan pengunjung mencecah 50 - 100 ribu orang sehari.
“Kira-kira 30 tahun lalu, tempat ini sangat terpencil dan tiada siapa yang terfikir kawasan ini akan mempunyai gedung membeli belah.
“Kini dengan gedung membeli belah dan hartanah lain, kawasan ini akan berkembang pesat,” katanya.
Fasa kedua IOI City Mall dibina hasil maklum balas baik
Dalam pada itu, IOI Resort City menjangka fasa kedua IOI City Mall siap dibina dalam masa dua hingga tahun tiga tahun.
Ini susulan pembelian keseluruhan pegangan dalam dua syarikat -- Mayang Development Sdn Bhd (MDSB) dan Nusa Properties Sdn Bhd (NPSB).
Pengambilalihan MDSB bernilai 1.23 bilion dan NPSB sebanyak 319.83 juta menyaksikan suntikan tanah dalam IOI City Resort berjumlah 161.75 hektar ke dalam syarikat.
Hasil daripada itu, IOI Properties Group akan mula membina fasa kedua IOI City Mall dengan pelaburan RM500 juta akan dibina pada akhir tahun.
“Fasa pertama pusat membeli belah menerima sambutan yang baik. Kami telah beroperasi selama setahun dan mencapai kadar penghunian 93 peratus.
“Kini sudah tiba masanya kami meluaskan kepada fasa kedua yang akan berkeluasan sejuta kaki persegi,” kata Shin Cheng.
Pembelian itu turut memberikan simpanan tanah IOI Properties meningkat kepada 4,047 hektar.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya Lee Yeow Seng berkata jualan belum masuk akaun kumpulan berjumlah kira-kira RM1.5 bilion dan ini dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh setahun setengah hingga dua tahun.
Kumpulan itu ketika ini mempunyai tidak kurang daripada sepuluh projek yang sedang dibangunkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion ringgit.
Malik Ridhwan
Mon Jan 04 2016

Shin Cheng: Sasaran jualan IOI sebanyak RM2 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2016 boleh dicapai meskipun kelembapan pasaran hartanah. - Gambar Facebook IOI City Mall

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

IOI City Mall 'bergelap', tiada bekalan elektrik
Seorang pengguna, Syedewa, berkata kiosk perniagaannya yang terletak di dalam pusat membeli belah itu terpaksa ditutup.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembukaan istimewa Astro Experience Store terbesar di IOI City Mall
Astro membuka salah satu Astro Experience Store terbesarnya di IOI City Mall, Putrajaya pada bulan ini.

Fasa kedua IOI City Mall dibuka Ogos ini
Dengan pembukaan Fasa 2, IOI City Mall akan mempunyai secara keseluruhan 14 penyewa utama dan lebih daripada 200 kafe dan restoran untuk dinikmati pencinta gastronomi.

Kebakaran kecil di IOI City Mall
Tiada kecederaan dilaporkan dan operasi pusat beli-belah bersambung semula kira-kira 11.30 pagi.

Pasaran hartanah IOI dijangka berkembang
IOI Properties Group mengunjurkan segmen hartanah akan berkembang menjelang separuh kedua tahun 2016.