Pasaran harta tanah Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun menghadapi ekonomi yang mencabar tahun ini disebabkan penularan pandemik COVID-19 dengan perumahan mampu milik dan penyelesaian yang tepat kepada harta tanah siap dibina tidak terjual akan terus menjadi agenda utama kerajaan.
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata pemantauan rapi terhadap pelaksanaan program di bawah Dasar Perumahan Nasional 2.0 (2018 - 2025) dan pelbagai insentif yang telah diperkenalkan untuk mempromosi pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia dijangka dapat mengatasi situasi siap dibina tidak terjual pada tahun akan datang.
"Sebagaimana jangkaan Bank Negara Malaysia bahawa ekonomi Malaysia akan kembali meningkat pada 2021, selari dengan unjuran pemulihan global, pasaran harta tanah juga diramalkan berada di aliran yang sama.
"JPPH akan terus memantau dan menilai kesan yang dijangka akibat pandemik ini ke atas pasaran harta tanah Malaysia dan akan memberikan nasihat kepada kerajaan untuk memastikan pasaran kekal teguh," kata jabatan itu bersempena dengan pelancaran sembilan laporan termasuk Pasaran Hartanah Malaysia 2019.
Menurut JPPH terdapat kemungkinan risiko penurunan jangka pendek yang tinggi kesan daripada penularan pandemik COVID-19 yang tidak dijangka di seluruh dunia yang mungkin merendahkan jangkaan pertumbuhan ekonomi, terutamanya bagi setengah tahun pertama tahun 2020.
Wabak yang menjejaskan seluruh dunia itu dijangka mempengaruhi ekonomi dunia dan juga ekonomi Malaysia, khususnya sektor berkaitan pelancongan seperti syarikat penerbangan, peruncitan, makanan dan minuman dan hospitaliti; termasuklah sektor perkilangan dan perkhidmatan terpilih.
"Sejauh mana kesannya ke atas ekonomi Malaysia akan bergantung kepada tempoh dan penyebaran wabak itu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain, terutamanya negara yang menjadi rakan dagang utama Malaysia.
"Pelbagai insentif diberikan oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan kesan terhadap pasaran harta tanah. Bagaimanapun, dalam pasaran yang mencabar, ditambah pula dengan penurunan keyakinan pengguna dan komuniti perniagaan, aktiviti dan serapan pasaran dilihat akan cenderung lebih perlahan," kata jabatan itu.
Laporan lain yang dilancarkan JPPH hari ini ialah Laporan Pasaran Harta 2019, Laporan Stok Harta Tanah 2019, Laporan Status Harta Tanah 2019, Indeks Harga Rumah Malaysia 2019, Laporan Bangunan Perdagangan: Penghunian dan Kedapatan Ruang Boleh Sewa 2019, Indeks Sewaan Pejabat Binaan Khas (PBO-RI) Lembah Klang, Johor Bahru dan George Town 2019, Harga Kediaman Sukuan/ Tahuan Terkini 2019, Laporan Pindah Milik Harta Tanah RM10 Juta Jilid 16 dan Laporan Jual Beli Tanah Ladang Jilid 26.
Laporan Pasaran Harta Tanah Malaysia menunjukkan bahawa pasaran harta tanah merekod kenaikan yang kecil dengan sejumlah 328,647 pindah milik bernilai RM141.40 billion telah direkodkan pada 2019, iaitu menunjukkan peningkatan 4.8 peratus bagi bilangan dan 0.8 peratus bagi nilai berbanding 2018, yang merekodkan 313,710 pindah milik bernilai RM140.33 billion.
"Prestasi aktiviti pasaran sektor bertambah baik sedikit - kediaman (6.0 peratus), komersial (7.2 peratus), industri (3.8 peratus) dan pertanian (2.0 peratus) kecuali bagi subsektor tanah pembangunan, yang sedikit menurun sebanyak 1.2 peratus.
"Subsektor kediaman menguasai keseluruhan pasaran harta tanah, dengan 63.7 peratus sumbangan," kata jabatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020
Sebagaimana jangkaan Bank Negara Malaysia bahawa ekonomi Malaysia akan kembali meningkat pada 2021, pasaran harta tanah juga diramalkan berada di aliran yang sama. - Gambar hiasan
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Pasaran harta tanah dijangka kekal berdaya tahan - JPPH
Sebagaimana jangkaan Bank Negara Malaysia bahawa ekonomi Malaysia akan kembali meningkat pada 2021, pasaran harta tanah juga diramalkan berada di aliran yang sama.