Pasaran getah Malaysia dijangka lebih kukuh minggu depan berikutan unjuran peningkatan momentum komoditi itu, kata peniaga.
Menurutnya, pergerakan harga itu dijangka dipengaruhi oleh prestasi di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), dagangan ringgit serta pasaran hadapan minyak mentah.
Harga kontrak hadapan TOCOM yang menetapkan harga tayar di Asia Tenggara, meningkat ke paras tertinggi hampir empat tahun pada Khamis, didorong oleh kebimbangan mengenai bekalannya berikutan bencana banjir yang melanda kawasan pengeluaran utama getah di Thailand yang juga pengeluar utama getah dunia.
Ia turut dipacu perkembangan harga minyak yang menokok lebih 2.5 peratus pada Khamis ketika dolar AS lemah susulan sidang media pertama bakal Presiden Donald Trump serta laporan bahawa Arab Saudi mengurangkan eksportnya ke Asia.
Menurutnya, harga minyak turut mempengaruhi harga getah kerana turun naiknya akan menentukan harga getah sintetik iaitu pesaing utama getah asli.
"Pasaran dijangka kekal kukuh apabila penggiat pasaran bimbangkan bekalan komoditi itu yang terhad serta minat belian yang kukuh," katanya kepada Bernama.
Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah Malaysia meneruskan kenaikannya untuk empat hari berturut-turut.
Pada Rabu, komoditi itu ditutup pada paras tertinggi dalam masa tiga tahun dan mencecah paras tertinggi baharu sejak Februari 2013.
Peningkatan harga itu didorong oleh lonjakan dicatatkan di pasaran hadapan getah di Tokyo beserta harga minyak mentah utama yang juga penanda aras global.
Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, harga Lembaga Getah Malaysia pada tengah hari untuk SMR 20 melonjak 100 sen kepada 978.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 41 sen kepada 686.0 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga penutup tidak rasmi SMR 20 menokok 68 sen kepada 956 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 46 sen kepada 691.0 sen sekilogram. -- Bernama
Bernama
Sat Jan 14 2017
Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah Malaysia meneruskan kenaikannya untuk empat hari berturut-turut. - Gambar fail
Federer titip pujian menjelang persaraan Nadal
Legenda tenis, Roger Federer memuji bekas seterunya Rafael Nadal menjelang persaraan atlet Sepanyol itu dari arena tenis di Piala Davis.
Polis siasat dakwaan anggota peras ugut warga Arab
Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan dakwaan seorang lelaki warga Arab Saudi diperas ugut oleh beberapa pegawai polis semasa memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dalam kawasan daerah ini.
TERKINI] Lima daerah di Terengganu terjejas babit 1,622 mangsa
Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.
Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berbanding 212 mangsa di lapan PPS pada jam 10 malam.
Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berbanding 212 mangsa di lapan PPS pada jam 10 malam.
Ribuan penunjuk perasaan 'kepung' Parlimen, bantah RUU digubal
Anggaran 42 ribu rakyat New Zealand berhimpun di Parlimen pada Selasa membantah usaha menggubal Rang Undang-Undang (RUU)yang akan mengurangkan hak suku Maori.
Dua remaja Australia dimasukkan ke hospital selepas keracuanan koktel
Dua remaja Australia dilapor dimasukkan ke hospital di Thailand selepas disyaki keracunan di Laos ketika mengembara bersama rakan-rakannya, lapor media Australia pada Selasa.
Bekas Menteri Luar Prak Sokhonn kembali galas jawatan
Perdana Menteri Hun Manet telah melantik semula ahli politik veteran, Prak Sokhonn sebagai Menteri Luar yang baharu untuk memacu dasar luar negara Kemboja, lapor Fresh News.
Pelajar cedera dirempuh kereta di hadapan sekolah
Beberapa pelajar cedera selepas sebuah kereta terbabas di luar bangunan sebuah sekolah rendah di wilayah Hunan, China.
PM Paetongtarn tidak tahu rancangan kepulangan Yingluck
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra berkata beliau tidak mengetahui sebarang rancangan untuk kepulangan ibu saudaranya yang kini hidup dalam buangan, bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra ke Thailand.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa, serta pihak dari Amerika Syarikat (AS), China, dan Eropah, bagi memastikan rantaian bekalan kekal stabil susulan jangkaan dasar baharu daripada pentadbiran AS.
Sasar 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
FINAS akan menerajui kempen kesedaran untuk mendidik pengeluar, penaja dan pekerja tentang faedah caruman KWSP.
Kenaikan harga minyak dijangka pacu pasaran getah minggu depan
Ia susulan laporan tindakan Amerika Syarikat melancarkan peluru berpandu ke atas Syria pada Jumaat yang melonjakkan harga minyak mencecah paras tertinggi dalam masa hampir sebulan pada hari sama.
Pasaran getah dijangka lebih kukuh minggu depan
Menurutnya, pergerakan harga itu dijangka dipengaruhi oleh prestasi di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), dagangan ringgit serta pasaran hadapan minyak mentah.