SELANG sehari selepas memintas Amazon, kini NVIDIA terus memperlihatkan peningkatan harga saham yang membawa kepada peningkatan nilai syarikat tersebut.

Terbaru, NVIDIA telah pun mengatasi Alphabet (syarikat induk Google) dari segi nilai pasaran, dan menjadikan NVIDIA sebagai syarikat ke-4 paling bernilai di dunia.

Peningkatan nilai syarikat NVIDIA ini selari dengan permintaan semikonduktor serta cip yang meningkat naik – terutamanya disebabkan oleh penerajuan arena kecerdasan buatan.

Pelbagai syarikat kini berlumba dalam pembangunan produk berasaskan kecerdasan buatan – yang membawa kepada peningkatan permintaan cip untuk menguasakannya.



Pada kedudukan ke-4, NVIDIA kini bernilai AS$1.825 trilion, dan hanya di belakang Saudi Aramco, Apple dan Microsoft.

Microsoft menduduki tangga pertama dengan nilai syarikat melangkaui AS$3 trilion.