TASEK GELUGOR: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang dalam persiapan akhir dan dijadual dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada akhir Ogos ini, kata menteri berkenaan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, NIMP 2030 adalah satu kerangka dasar yang komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam mentransformasi sektor perkilangan Malaysia.
"Apa yang boleh saya kongsikan, perbincangan yang berlangsung setakat ini adalah paling komprehensif yang pernah kita lakukan kerana membabitkan industri baharu dan kementerian lain.
"Seperti yang Perdana Menteri maklumkan (pada majlis peluncuran) Ekonomi MADANI baru-baru ini, beliau memberi gambaran bahawa wadah itu tidak hanya tertumpu kepada sektor asas semata-mata, tetapi turut memainkan peranan sebagai sebahagian daripada transformasi industri yang diharap membantu mengembangkan ekonomi, selaras penanda aras yang ditetapkan," katanya.
Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Hari MITI 2023, di sini, pada Ahad, beliau berkata, bagi melengkapkan pelan berkenaan, perbincangan dua hala yang diadakan turut melibatkan penggiat industri.
Katanya, transformasi ini bertujuan mencipta sumber kekayaan baharu negara dengan meningkatkan kompleksiti ekonomi, memacu pertumbuhan ekonomi lestari, menyediakan peluang pekerjaan berkualiti sekali gus meningkatkan taraf kehidupan rakyat yang lebih sejahtera.
Mengulas program Hari MITI 2023 bertemakan Perkasa Industri, Maju Ekonomi, Tengku Zafrul berkata, program itu menawarkan hampir 2,500 peluang pekerjaan kepada belia dan pencari kerja, dan menyasarkan kira-kira 7,000 pengunjung sekitar Tasek Gelugor.
Menurutnya, Eksplorasi Kerjaya Hari MITI disertai oleh 16 syarikat asing dan tempatan daripada pelbagai sektor perkilangan dan perkhidmatan terpilih seperti kenderaan elektrik, elektrikal dan elektronik, automotif, makanan dan minuman serta peralatan perubatan. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian MITI Day 2023 di Tasek Gelugor, pada Ahad. - Gambar BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.

Malaysia catat nilai perdagangan tertinggi RM2.62 trilion bagi Jan-Nov 2024
Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga November 2024, meningkat sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun kepada RM2.62 trilion, mencatatkan nilai tertinggi untuk tempoh tersebut.

Pulau Pinang bangunkan kerangka kerja untuk pembuatan pintar
Satu kerangka kerja komunikasi, keselamatan dan tadbir urus dibangunkan untuk pembuatan pintar yang bertujuan mendukung transformasi digital sektor pembuatan negara.

Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI
Pada 2023, sektor semikonduktor menyumbang 82 peratus daripada RM84.5 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan bagi projek E&E.

NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul
MITI yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama NIMP 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan.

Sarawak tarik RM4.2 bilion pelaburan suku pertama 2024 - Tengku Zafrul
Negeri Sarawak telah berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024.

Pelaksanaan peralihan tenaga bersistematik mampu angkat Malaysia jadi destinasi pelaburan hijau pilihan - PM Anwar
Anwar berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.

Malaysia perkenal NIMP 2030, atasi penyahindustrian pramatang
Malaysia melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) sebagai usaha strategik untuk mengatasi masalah penyahindustrian pramatang.

P. Pinang sedia jadi pemangkin rantaian nilai cip - Ketua Menteri
Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030
Kuskop terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.