KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut apabila pelabur memberi perhatian yang teliti terhadap keputusan Rizab Persekutuan (Fed) AS lewat hari ini, kata peniaga.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.7420/7450 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7345/7375.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS sekali lagi meningkat berbanding ringgit menjelang keputusan kadar faedah AS pada hari Rabu.
"Rizab Persekutuan dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75 peratus. Sekiranya kenaikan itu menjadi kenyataan, ia merupakan kenaikan keempat berturut-turut pada kadar peratusan berkenaan. Kenaikan yang sejajar dengan jangkaan mungkin menyaksikan nilai dolar jatuh pada mulanya, kerana pasaran telah pun mengambil kira kenaikan ini.
"Justeru, pelabur akan memberi perhatian kepada kenyataan Rizab Persekutuan pada sidang media selepas pengumuman keputusan itu, yang akan menetapkan hala tuju untuk langkah dasar monetari masa depan," katanya.
Selain itu, beliau berkata pelabur juga perlu menghalakan tumpuan kepada keputusan kadar faedah Malaysia yang akan dikeluarkan pada Khamis.
Bank Negara Malaysia diunjur menaikkan Kadar Dasar Semalaman daripada 2.5 peratus kepada 2.75 peratus, peningkatan yang jauh lebih kecil daripada yang dijangkakan di Amerika Syarikat.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.6879/6909 daripada 4.7033/7062 pada penutup Selasa, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3536/3562 daripada 3.3571/3595, dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.4547/4582 daripada 5.4608/4642.
Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun pada 3.2202/2224 daripada 3.2107/2130 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2022
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.7420/7450 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7345/7375. -Gambar fail/Bernama
Donald Trump Angkat Sumpah Penggal Kedua Sebagai Presiden AS Ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 di dalam bangunan Capitol, Washington, hari ini. Disaksikan oleh ratusan ribu penyokong menerusi siaran secara langsung, Trump, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim, John Roberts. #AWANInews
Dua rentung, seorang masih hilang dalam kejadian rumah terbakar di Tongkang Yard
Sebuah rumah kelas A atau jenis kekal di Tongkang Yard, Alor Setar terbakar menyebabkan dua mangsa rentung.
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Ketua NATO dan pemimpin Kesatuan Eropah mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House.
AWANI Pagi: Trump 2.0: Dasar luar, Asia Barat dan perubahan iklim
Donald Trump sudah rasmi jadi President AS Ke-47. Dasar tidak popular akan mula dilaksana dan ini menuntut kefahaman dunia tentang kemahuan beliau selaku Presiden. Bagaimana dunia harus bersiap sedia? Temu bual bersama Herizal Hazri dan Amir Fareed Rahim dari Davos, Switzerland seiring WEF 2025.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi - Erdogan
Presiden Turkiye menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.
Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.
Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4645/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4750 semasa ditutup pada Jumaat.
Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang lain
Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar AS pada sesi urus niaga awal Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit menjelang mesyuarat FOMC
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.4670/4725 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 pada Selasa.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.