KUALA LUMPUR: Nilai jualan industri francais negara telah mencapai RM26 bilion, iaitu terbesar setakat ini berbanding RM14 bilion pada 2020, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata berdasarkan Laporan Tahunan Perniagaan Francais, nilai jualan industri berkenaan meningkat sebanyak 71 peratus pada 2021.
"Oleh itu, kerajaan menyasarkan 16 industri francais akan berkembang antara 20 peratus hingga 30 peratus pada tahun ini," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) di Dewan Rakyat hari ini.
Ewon berkata sehingga Disember 2022, industri francais negara merekodkan 1,197 syarikat francaisor berdaftar dengan 713 daripadanya adalah syarikat francaisor tempatan manakala 428 merupakan syarikat francaisor luar negara.
Menurut Ewon, Kuskop sentiasa menggalakkan koperasi untuk terlibat dalam perniagaan francais bagi merancakkan lagi pembangunan dan sumbangan industri francais untuk meningkatkan pendapatan.
Kementerian melalui Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) telah memperkenalkan Program Business in Transformation (BIT) pada 2013 sebagai program transformasi perniagaan untuk usahawan mikro lebih kompetitif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan.
Melalui program BIT, usahawan kecil akan dibimbing untuk menaik taraf perniagaan dari segi imej, kualiti perkhidmatan dan konsep perniagaan bagi membantu meningkatkan sumber pendapatan, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan industri francais.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
![Nilai jualan industri francais negara berjumlah RM26 bilion, terbesar setakat ini - Ewon Nilai jualan industri francais negara berjumlah RM26 bilion, terbesar setakat ini - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679306925_TBEwonBenedick.jpg)
Ewon berkata, berdasarkan Laporan Tahunan Perniagaan Francais, nilai jualan industri berkenaan meningkat sebanyak 71 peratus pada 2021. - Bernama
![Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711350467_TBHUSSEINOMARjp.jpg)
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
![Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718274360_ZalihaMustafa.jpg)
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
![Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721202906_bunuhkekasih.jpg)
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
''Polisi saya untuk warga kulit hitam lebih baik'' - Biden
Joe Biden nafi dakwaan Trump, yang mendakwa kebajikan warga kulit hitam di Amerika Syarikat tidak mendapat perhatian.
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.
PAC tuntut HRD Corp tarik balik surat LOD kepada akhbar
Mas Ermieyati berkata, jawatankuasa berkenaan mengutuk tindakan HRD Corp dan menganggap ia sebagai percubaan memberi tekanan kepada media untuk tidak menyiarkan laporan PAC berhubung syarikat itu.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
![Kempen Beli Barangan Malaysia sasar RM100 bilion nilai jualan hingga Disember - Alexander Kempen Beli Barangan Malaysia sasar RM100 bilion nilai jualan hingga Disember - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51592554065_TBkpdnhep.jpg)
Kempen Beli Barangan Malaysia sasar RM100 bilion nilai jualan hingga Disember - Alexander
Sasaran itu bersandarkan sektor peruncitan yang semakin pulih selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.